Followers

Friday, September 24, 2010

Sekeping Kad OKU


Salam semua...

Pagi td umi dapat call dari JKM..Kad OKU anak puan dah siap dan dah boleh ambil...
Balik sekolah umi sggh ke JKM yg jaraknya tak sampai 1 km pun dari sekolah umi....

Setelah berjumpa en. Jamak...Kad OKU iman berada di tgn umi....
Umi tenung kad tu lama-lama..

Ada rasa sayu yang menusuk tangkai hati umi....
Ada rasa sedih yg bersarang...

Bahagiakah aku mengiktiraf iman sbgi warga OKU.....???
Perasaan itu hanya Allah yg tau...

Dan tanpa sedar air mata menitis laju....
Maafkan umi Iman...

Umi akan berusaha memulihkanmu...
Kaulah penguat semangat umi untuk terus melangkah...

Menongkah arus kehidupan yg penuh getir ini....





3 comments:

Anonymous said...

duhai permata hati...andai dikau mengerti betapa dalam nya kasih seorang bernama ibu...sudah tentu dikau tidak akan merasa sangsi...

seandainya ada kata serta tindakan yang tanpa sedar sepertinya mengguris hati mu...sudah tentu dikau akan memahami bahawa ibu mu jua seorang insan biasa..yang sentiasa belajar...dan belajar...berjuang dalam memperkuatkan hati...mematangkan tiap tindakan agar sentiasa menjadi 'syurga di hati mu' duhai permata hati...

tapi...tahukah dikau duhai permata hati yang sentiasa bersinar di hati seorang ibu...yang dikau sudah pun menjadi 'syurga dihati ibu mu'...dikau sudah pun bertakhta di fikiran ibu mu...kerana itu duhai permata hati...jangan diragui kasih seorang ibu...kerana sayang berpanjangan membawa ke syurga.....

Wallahu'alam...

iCaLoVeZiE said...

Pasti sedih namun itu takdir Allah.

ibu-uwais-ameenah said...

kak nani... jangan sedih hati kak. Uwais pun ada kad yang sama. kad Uwais kaler pink