Followers

Friday, June 25, 2010

Iman and New Splint

Splint kaki

Splint tangan


Sebenarnya splint dah lama tempah kat Serdang...tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan...akhirnya splint Iman dibuat di Hospital Segamat Selasa lepas...
Agak rumit juga pembuatannya...tapi splint ini perlu untuk memaksa Iman membuka tapak tangan dan menegakkan tapak kaki...Splint ini digalakkan pakai waktu tidur..
Masalahnya Iman tak suka pakai splint ni dalam tempoh yang lama...malam tadi dia menangis sekuat hati..setelah splint dibuka barulah dia diam..memang splint ni agak mengganggu pergerakannya...terutama habitnya yg suka meniarap di dalam buai sebelum tidur...
Tak pela Iman..kita cuba lagi yer....
Bak kata pepatah.sikit-sikit..lama-lama jadi bukit...


3 comments:

JMY said...

samala dgn anak saya, aisyah, pakai 2-3 jam lps tu dah terjaga tak selesa. buka splint baru lena..

ibu-uwais-ameenah said...

kak, saya rasa kalau iman tido dlm buai lagi selesa kot.. kala dia meniarap dlm buai, akak kelurkan kaki dia dari kain buai sikit. arrea buku lali mcm tu. klu pakai kena selalu. klu dr. uwais tau pakai kejap je mesti dia bising. saya pun bagi dia pakai time tido je. tp klu pakai selalu mmg nampak improvementnya. (just berkongsi pendapat & pandangan.. thru my experience..)

JMY said...

memang klu doc tau, dia akan bising..hehehe