Followers

Sunday, June 28, 2009

Alahai Puteriku...

Alahai puteri-puteriku...sekali tgk comel pulak gambar diaorng duk atas pelamin ni ( he..he..puji anak sendiri..)..Gambar ni diambil pakai handset, masa perkahwinan sepupuku pada cuti sek yg lalu.

Tgkla muka mira tu, dia sbnarnya tak suka dipeluk, sbb tula mukanya menyeringai masa aku suruh kak long peluk dia...dia bukan suka kalau org suka bermesra-mesra..

Diaorng ni kalau baik, ok jer..tapi kalau start bergaduh aku yg pening..Main pun tak boleh lama-lama, kak long suka bagi arahan..mira pulak tak suka ikut arahan..kak long pun hotla..pastu mulalah aksi cubit mencubit..aksi tarik rambut..tumbuk menumbuk..pastu menangis..Biasanya kak longla menangis..sakit kena pukul dgn Mira..Masa tu terpaksalah uminya masuk campur..sorang kena naik atas sorang tinggal kat bawah..Nak tidur pun sama..memanglah aku letakkan mereka satu bilik..tapi kak long kena tidur dulu..kalau tak diaorang akan main dan mulalah bergaduh....

Time jaga Iman pun sama, kalau kak long ayun Iman dalam buai...Mira pun nak buai Iman juga..Pastu berebut..hii..geram betul...Tapi time nak lap air liur Iman dua2nya tak nak..geli ...kata mereka...

Tapi satu perkara jer yg ok..time tgk tv..diaorang akan sama-sama pilih channel mana yg diaorng nak tgk, sama ada Disney ke, PHDC ke atau Ceria..Pastu sama-sama sharing makanan..tu yg sweet tu...

Alahai..itulah ragam puteri-puteriku...

Thursday, June 25, 2009

KITA SERUPA...


Inilah gambar Iman dan kak long yg tgh ditutup matanya..kalau istilah opthamology..patching..

Patching kena selalu dibuat utk melatih kak long dan Iman gunakan sblh mata..kak long cuma perlu ditutup mata kirinya..supaya dia belajar menggunakan mata kanannya..Iman pulak kena gilir tutup kiri dan kanan..sebab dua-dua belah mata iman rabun...

Iman relax jer setiap kali tutup mata dia..mcm tak de apa-apa..tak pandai mengadu lg kot..tapi kalau kak long..dia bising..tak nampak katanya..tak selesalah..mcm2 alasan..memang kesian..tapi aku keraskan hati..aku kena bertegas utk kebaikannya jgk..bkn lama sgt pun 2 jam je...

Bukan tak pernah cuba, ubat alternatif mcm permata hijrah ke..tp kesian tgk bila dia mengadu sakit..pedih katanya...lepas tu setiap kali nak isi punyalah payah..kena marah dulu baru blh isi ubat..lastnya ubat byk keluar dari masuk..Iman aku tak pernah cuba..

Itulah anak2 ku...yg serupa..sesekali kelakar gak tgk mereka..mcm lanun pulak..he..he...

Wednesday, June 24, 2009

GO! GO! IMAN...



Inilah video Iman menjulur ke hadapan..Sbnrnya dia sdg menuju ke bilik air..pantang terleka skt..dia akan menjulur ke bilik air..ntah apa yg suka sgt kat bilik air tak taula..Kalau kat ruang tamu pulak..dia akan menjulur ke pintu depan..skjp je sampai..lagi cpt kalau kakak2 dia tgh main basikal kat luar..nak main kat luar agaknya..

Alhamdulillah sgt2..tak sbr tgk dia merangkak pulak..cuma tgn kanannya masih belum kuat..byk simpan..kena buat lebih stimulate..Semoga mimpi2 indah untuk melihat Iman normal bakal menjadi kenyataan..Ramai yg berikan semangat..InsyaAllah kata-kata semangat yg dibekalkan mampu membuatkan aku terus tabah..

Sunday, June 21, 2009

TIDURLAH SAYANG....

Terlena setelah penat bergolek dan menjulur...

Moga lena Iman tidak terus terganggu..

Tersentuh hati melihat iman tidur di tilam..Dulu anak ini payah benar lenanya..Semasa dalam pantang..dia langsung tak mahu tidur..Bergilir2 la aku dan abg menjaganya..dia akan merengek dan menangis..

Bermacam-macam cara kami lakukan..Kami membeli tape ayat Al-quran dan radio kecik utk diletakkan di hujung kepala Iman..supaya dia boleh lena dgn alunan ayat Al-Quran..tapi adakala cara itu tidak berkesan..Last sekali kerana tak tahan berjaga malam..kami akhirnya membawa Iman ke Darussyifa'..Kata Ustaz tu Iman ni lemah semangat..Diberi air jampi utk menguatkan semangatnya..Tapi keadaan tidak banyak berubah..Akhirnya kami masukkan Iman ke dalam buai..dan kami terpaksa menghayunnya saban malam..jika berhenti ayun, Iman akan menangis..Last2, kami terpaksa beli mesin buai eletrik..Barulah masalah tidur Iman dapat diselesaikan..Dia boleh tidur lena juga..tapi kadang2 dia akan terjaga juga..nak minum susu.

Tapi masalah lain pula yg timbul..Bimbang dgn ayunan yg hampir 8 jam..eletrik lagi..bukan apa takut kami tak sedar..apa-apa berlaku kat Iman..kami cuba mengangkat Iman tidur di atas katil..badan Iman akan mengerengkot kekejangan..tidurnya terganggu..skjp2 dia akan tersentak dan terus mengerengkot..kata org tua mcm gayat..akhirnya dia akan menangis..Rupanya itulah serangan sawan Iman yg langsung kami tak ketahui...Masa tu Iman blm disahkan microchepaly lagi...

Hampir setahun lebih..Iman tak boleh tidur di atas katil mahupun di atas tilam..Jadi untuk ke mana2 terpaksalah kami mengusung buaian automatiknya...supaya tidak terganggu lenanya..Pernah suatu ketika, Iman dimasukkan ke wad akibat sawan, dia langsung tak boleh tidur..jadi terpaksalah aku meribanya sepanjang malam..kalau dah lenguh..aku masukkan dia dlm stroller dan ayunkan perlahan..barulah dia terlena..itupun tak lama..dia akan tersentak dan menangis..Seksa betul rasanya...

Cuma dalam 3 bulan lepas..Iman menunjukkan perubahan positif..secara tak sengaja Iman tertidur di atas tilam, tempatnya bermain..Satu perkembangan yg positif..Sawannya tak menyerang..Tapi dia tak boleh terperanjat..kalau tak dia akan terkejut dan mengeras...

Alhamdulillah..seribu kesyukuran aku panjatkan...Moga perubahan Iman akan terus positif..Kami juga dah boleh mengangkatnya tidur di atas katil..tapi tak lama..dalam 3 atau 4 jam..lepas tu dia akan sedar dan merengek...Tak pelah Iman..pelan-pelan..Itu menunjukkan perkembangan otaknya positif kata dr..Walaupun lambat kerana struktur kepalanya kecik..dan jaringan sarafnya yg terhad...sekurang2nya ianya masih berkembang..jgn mengecut..apabila mengecut semua kebolehan yg Iman ada sekarang akan hilang...Ya Allah..jauhkanlah..Aku takut aku tak mampu menghadapinya...



IMAN BERWAJAH BARU


Sesekali terukir senyum di bibir melihat rambut Iman..Baru semalam rasanya mengelus rambut Iman yg panjang dan lembut tu..Hari ni..rambut Iman dah botak..Kena sodok dgn mamak..

Ceritanya begini..aku selalu bising kat abg pasal rambut Iman..Aku ckp rambut Iman ni dah mcm perempuan..dah boleh ikat..aku nak mintak tlg abg pegangkan Iman waktu aku kerat rambut dia..kalau aku sorang memang tak tergunting..Iman akan lentokkan kepalanya dan mengikut saja arah gunting..Huish susah..bahaya pun ada..nak gi cheeky monkey tu jauh sgt pulak..Last2 abg bg idea..abg nak gunting rambut ni..apakata bawak iman sekali..kotla mamak tu boleh potong..

Aku mulanya agak keberatan..tapi akhirnya bersetuju..ok..tapi papas jr tau..takutla nak botak..nak guna penyodok tu tajam..abg senyum je..

Akhirnya sampaila kami ke kedai mamak satu keluarga..abg terus bertanya ttg iman..

Boley..boley..kata mamak tu..
Mcm mawi yer..ok..ok..duduk--duduk..

Dlm masa yg sama abg pun tgh gunting rambut..jadi terpaksala aku duduk memegang Iman..Habis dgn aku sekali mamak tu balut..Iman pun diam jer..

Bila aku tgk penyodok tu..eh..tak tajam rupanya..bentuk matanya mcm sikat...oklah mawi pun mawilah...biar Iman tumbuh rambut baru yg lebih cantik..

Dan inilah hasilnya...wajah Iman berubah terus..barulah nampak mcm jantan..he..he..handsome tak saya umi?....






IMAN DAN AEROCHAMBER

Dah dkt seminggu, batuk iman masih tak baik2 lagi...risau gak..Jadi terpaksalah gunakan aerochamber dan asthalinnya selang 4 jam..kalau boleh nak elakkan bagi ubat batuk..dr paed ckp ubat batuk tak elok bagi kerap sgt utk budak2 mcm Iman..tak elok utk perkembangan otaknya..


Inilah aerochamber yg Iman gunakan..dan ubat berwarna coklat tu perlu digunakan 2 kali sehari, sebanyak 2 puff pagi dan malam..sementara yg putih tu pulak apabila Iman kena serangan batuk..kalau teruk Iman perlu mengambil 2 puff utk setiap 4 jam..kalau teruk lagi asmanya Iman perlu di bawa ke klinik swasta utuk diberi nabulizer..ckp tiga kali nabulizer juga masih belum ok..Iman perlu direfer ke hospital..Dan akan diadmit ke wad untuk nabulizer yg lebih kerap..sampaila paru-parunya clear..setelah clear barulah Iman boleh discaj..Iman akan dibekalkan ubat utk kuatkan paru-parunya...

Sebenarnya aku cukup risau kalau Iman diserang batuk..bimbang kena masuk wad..Bukannnya apa..bila di wad..Iman tak selesa..Waktu tidurnya terganggu..kerana Iman tak mau tidur atas katil..dan dia akan merengek..Kesian aku tgk..Bibirnya pula akan kering kerana terlalu kerap mengambil nabulizer..Itulah yg seboleh2nya ingin kuelakkan..

Aku sering berdoa..lelah Iman akan dapat dikawal..Dan dia dapat bergerak cerdas mcm kanak-kanak normal yg lain..Amiinn...

Monday, June 15, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA

Alhamdulillah..kami sekeluarga telah selamat kembali ke rumah semalam..setelah selama seminggu berada di kampung..banyak peristiwa yg berlaku..terutamanya pertunangan adikku..linda..sebenarnya dia nilah pengasuh pertama iman..dari Iman lepas pantang sampaila Iman 8 bulan..Now dia kerja kat kuantan..tengokla gambar2 Iman dgn dia ni..bukan main suka lagi duk kat atas mak teh..




dan ini pula gambar perkahwinan sepupuku..


Itulah aktiviti kami selama seminggu di kampung..seronok bila semua adik-beradikku yg seramai 8 orang tu berkumpul..rasa mcm raya pulak...

Tuesday, June 2, 2009

HATI TERSENTUH



Hampir sejam melayari blog Fajar Seluas Angkasa, kepunyaan abg Fajaril..

Ada rasa sebak yg berkumpul, ada rasa sayu yang menerpa..tanpa sedar air mata mengalir laju..

Ya Allah..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..Tabahnya hati mereka menghadapi satu kehilangan..kehilangan yg abadi..Perginya Amir Yusuf, dlm tenang..meninggalkan seribu memori. Membaca bait demi bait, luahan abg fajaril..cukup syahdu..ada rasa yg terlalu payah dimengertikan..

Mata beralih melihat Iman yg begitu lena dibuai mimpi di dalam buai..melihat mira yg begitu lena memeluk bantal busuknya...Kelahiran keduanya juga melalui pelbagai rintangan, Mira hampir pergi sewaktu di dalam kandungan..Iman pula, pernah dikatakan mempunyai masalah jantung..Walaupun sekadr andaian..ianya ckp meruntun jiwa...Kalaulah spt abg Fajaril..benar2 kenyataan..Tak taulah sama ada aku mampu menghadapinya atau tidak...

Barulah aku faham, mengapa seorng rakan seperjuangan yg pernah juga kehilangan anak..akan berderai air mata setiap kali bertanyakan kisah Iman..sudi bertandang melihat Iman sewaktu Iman baru keluar wad..memeluk Iman dgn air mata berkaca..Ya..baru aku faham erti kerinduan dan kehilangan.. Peritnya untuk diluahkan..

Dan..dalam hati berbisik..Walaupun Iman dilahirkan serba kekurangan, hidup dalam serba keterbatasan..sekurang2nya dia masih bernyawa dan aku bebas memeluknya, bergurau senda dengannya..dan satu rasa yg harus kuungkapkan..AKU BERSYUKUR YA ALLAH........AKU BERSYUKUR........