Followers

Sunday, May 31, 2009

2 HARI ISTIMEWA

Hari ni, tepat jam 12 malam, maka genaplah umur suamiku yg tersayang 32 tahun..dan malam ini juga genaplah usia perkahwinan kami berusia 7 tahun..

Abang..
maafkan sayang andai tiada apa yg istimewa di hari bahagia buat abg ini..

Kesibukan kita di akhir2 ini, membataskan kita untuk berkomunikasi..
Namun, kesibukan itu bukanlah alasan utk syg tidak mengingati hari istimewa ini..

Di layar bisu ini..ingin sayang ucapkan.


SELAMAT HARI LAHIR
SEMOGA HIDUP ABANG AKAN TERUS DILIMPAHI RAHMAT
DAN DAPAT MENCAPAI SEGALA IMPIAN KITA SELAMA INI

DAN SEMOGA MAHLIGAI YG KITA BINA INI
AKAN TERUS BERTAHAN
WALAUPUN RIBUT TAUFAN YANG MELANDA

WALAUPUN HATI INI KADANG2 BERTANYA
MAMPUKAH SAYANG MELAKAR PELANGI INDAH DI DADA LANGIT
MAMPUKAH SAYANG REDAH SERIBU ONAK DAN DURI

HANYA KERNA

UNTUK TERUS MENJADI ISTERI YG TERBAIK BUATMU..
MENJADI IBU YG TERBAIK BUAT ANAK-ANAKMU..
MENJADI MENANTU YG TERBAIK BUAT KELUARGAMU..

NAMUN..SAYANG YAKIN
ONAK DAN DURI..
RIBUT DAN BADAI..
SEMUA ITU PASTI DATANG..
DAN SAYANG AKAN TERUS TABAH BERDIRI..
KERNA JAUH DI SANUBARI INI..
AKU TERLALU MENYINTAIMU..

SELAMAT ULANG TAHUN ABANG..DAN SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Monday, May 25, 2009

IMAN YG AKTIF






Lihatlah aksi2 Iman mengerjakan pasu bungaku..Habis ditariknya sampai terbalik..Skrg ni dia dah tak nak duduk dalam kolam..Skjp je letak..dia dah keluar..Byk kerja yg nak dibuatnya..

Melihat perkembangan Iman aku amat bersyukur..dia dah tau bermain dan ingin menikmati dunianya..Tapi yg tak larat, kena tukar baju byk kali..sbb baju dia comot..mop lantai..

Moga Iman akan terus membesar dan sihat..Amiinnn

Sunday, May 24, 2009

SERONOKNYA MAIN AIR!!!


Itulah agaknya yg ada dalam hati Iman..Mggu ni agak membosankan skit, abi sebok keje..So jom have fun dgn umi..

Bangun tidur je pg tadi..terus kak long bertanya..

" Umi nak mandi kolam boleh?"

Sbnarnya smlm dah mandi..hari ni nak mandi lagi..abg pun dah janji nak mandi dgn diaorg, sbb ptg ni abg nak g keje lagi.

Siap sarapan, semua msk kolam termasukla Iman, abi tukang pegang Iman, umi tukang ambik gambar..

Bukan main seronok lagi Iman, tgkla mukanya tu..Dalam hati bimbang jgk takut asma..tapi semua tu untuk kuatkan paru-paru dia..Siap meniarap lagi dalam tu..abg saje je lepas skjp2, bimbang tkt terbalik..



Kakak2 dia yg dua org tu lagila seronok..Dapat berendam lama-lama..

Pukul 12 lbh baru naik..sebab lapar..

Pepun itulah aktiviti mggu ni..mandi kolam...Iman siap mandi terus tido..penat agaknya.

Friday, May 22, 2009

UNTUK KITA

Hari ni ada seorang teman baik membawa sebuah buku..Hati ckp tertarik..Buku ini khas untuk kita..Ibu2 yg mempunyai anak istimewa..Byk panduan yg sgt berguna untuk kita..Aku pun tak baca lg..Weekend ni ingat nak g cari kat Kinokuniya..Dah call Galeri Ilmu td, dia kata kat MPH,Alamanda tak de...Kalau tak, dkt skt..Nak pnjm buku kwn tu pun..Dia pun pnjm dari pengasuh anaknya...

KEMBARA ATIQ WAZIF - SATU ANUGERAH




Berkejar Dengan Masa Demi Seorang Anak Istimewa

Buku ini merupakan catatan pengalaman seorang ayah dalam membesarkan seorang anak istimewa bernama Atiq Wazif. Penulisnya, Hasan Suyut, seorang jurutera dan ahli korporat, merakam ketabahan anak kecilnya menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan sejak usia si anak masih bayi hingga sekarang, 8 tahun.

Walaupun pakar perubatan telah mengatakan, “Jangan mengharap sangat dari anak ini, dia tidak akan membesar secara normal,” penulis sebagai ayah, tidak pernah patah semangat.

Berkejar dengan masa dalam ikhtiar memulihkan anaknya, penulis membawa keluarganya merentas benua – ke Beijing di Negeri China, ke Timur Tengah, dan seterusnya ke Amerika Syarikat. Hasan bersama isteri dan lima anak mereka kini bermastautin di Florida, AS, meninggalkan sanak-saudara dan kerjaya dalam syarikat yang sedang meningkat naik. Isterinya Dora yang merupakan seorang pendidik cemerlang, sanggup mengambil cuti demi anak yang dikasihi.

Penulis menyulam penulisannya dengan kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan dan cerita cinta suami isteri. Dari seorang bapa dan suami yang terlalu sibuk dengan kerjaya hingga kurang memberi perhatian kepada keluarga, kehadiran Wazif benar-benar memberi sinar baru dalam kehidupan penulis sekeluarga.

Kelahiran Wazif memang dirasakan sebagai satu anugerah daripada Allah. “Abang ingat tak masa Wa mengandungkan Wazif dulu, banyak benda-benda pelik berlaku. Mungkin Allah nak beri isyarat pada kita supaya kita bersedia untuk menerima anugerah ini,” kata si isteri pada satu ketika. Kata-kata ini cukup memberi bekas di hati penulis dan menjadi ‘turning point’ yang merubah kehidupan mereka sekeluarga.

Gaya penulisan buku ini, seperti kata Hj. Abu Hassan Morad (pemenang Anugerah Sastera Perdana 2002) yang tercatat di kulit belakang buku, “Cukup mengesankan…. menepati konsep Drama in Real Life!”

Penceritaannya sangat terperinci, mirip gaya novel. Latar masa, latar tempat, perlukisan watak dan setiap patah dialog, begitu segar. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi oleh penulis sekeluarga…

Konflik mempunyai anak istimewa, konflik rumah tangga dan babak-babak mencemaskan yang diceritakan semula dengan begitu baik, menjadikan buku ini penuh elemen dramatik. Tidak hairanlah seorang pengarah program pendidikan khas di Florida, AS memberitahu penulis, “You can make a movie out of this!”

Menariknya, di bahagian kedua buku ini disertakan Bacaan Bonus, di mana penulis berkongsi segala yang dilalui dan segala yang dipelajari melalui beberapa penulisan yang ditemuinya sepanjang menelusuri kembara anaknya Wazif. Juga berdasarkan pengalaman bertemu beberapa insan yang memberikan impak besar dalam kehidupan seharian mereka sekeluarga.

Ada beberapa penulisan di dalam bahagian ini yang penulis yakin akan memberi manfaat yang besar kepada ramai ibu bapa.

Siapa tahu, kisah Hasan dan anaknya ini akan difilemkan satu hari nanti… Dalam emelnya kepada editor buku ini, Hasan menyatakan keyakinannya, jika buku ini difilemkan dan watak dirinya dimainkan oleh Denzel Washington, filem itu mungkin akan menjadi box-office!

Testimoni

* Buku ini sesuai dan wajib untuk dibaca oleh semua ibu bapa, bukan hanya mereka yang ada anak istimewa sahaja. – Pn. Midah Tairak, Sg Petani

* Buku ini memberikan semangat baru dalam kehidupan kami. – Pn. Zaharah Samad, UIA Gombak
Diharap buku ini dapat menyemarakkan semangat ibu bapa yang dianugerahi anak-anak istimewa. – Sdr Agus Othman, Kuala Terengganu

• Saya dah habis baca dua kali. Memang sangat tersentuh dan ada juga terkena batang hidung sendiri… Bacaan wajib untuk sesiapa saja yang ingin tahu bagaimana yang dikatakan kehidupan sebenar. Saya jadikan bahan bacaan wajib untuk staf saya. – Fuad Omar, Johor Bahru

• Banyak nilai baik yang memberi pengajaran/teladan pada pembaca. Satu lagi saham akhirat yang bermanfaat. – Ahmad Yani A.Manaf, Editor Majalah I

• Memang menyentuh perasaan bila membaca helai demi helai. – Iskandar (Dr.Bubbles), Kuala Lumpur

* Cara penceritaannya membawa kita rasa dekat dan seolah-olah ada bersama dalam setiap detik yang diceritakan. Buku ini bukan sekadar catatan pengalaman, tapi juga ada motivasi, ada panduan, ada unsur sedih dan hiba… kelakar pun ada. – Mohd Rusdi Abdullah, kolumnis majalah ANIS Penulis: Hassan Suyut* ISBN: 978-983-097-190-2. *

Tebal: 277 ms *

Harga: RM26.50
(Termasuk RM2 - kos penghantaran Malaysia)

Thursday, May 21, 2009

Mata oh Mata...


Aku agak lewat ke sekolah hari ni..pkl 7 br keluar rmh..biasanya pkl 645 aku dah berada di jalanraya..Iman ada oppoimen mata hari ni, jd aku kena menyiapkan barangan iman terlebih dahulu..Hati risau gak..Maklumla ini first time abg bawak Iman jumpa dr..Lega rasa hati abg menawarkan diri..Dia ambik cuti half day..semua oppoiment bertemu client ditunda sblh ptg..Marketing biasalah...

Dlm hati nak sgt ikt abg bawak Iman jumpa dr..tp mengenangkan cuti rehat khas aku yg tggl 3 hari..kubatalkan niat itu..Tak pela abg sorang..Biarlah aku simpan cuti itu kot2 Iman msk wad ke..Inilah masalah cikgu..Cuti kami hanya 7 hari sethn..Alasannya cuti cikgu dah byk..cuti sek..Masalahnya oppoimen Iman, Mira dan Anis bkn kira cuti sek ke tak..Kalau Iman msk wad terpaksalah aku ambik cuti rehat khas, sbb dr tak bg mc untuk yg menunggu..Kalau lbh 7 hari msk wad..terpaksalah ambik cuti tanpa gaji..

Lupakan hal cuti tu..biasalah birokrasi ni memang payah..Sambung citer Iman..Pkl 9.30 aku tepon abg..br sampai katanya..Oppoimen kul 9..Pkl 10 aku tepon lagi..Abg citer Iman meraung2 masa optometris mskkan ubat utk besarkan anak mata, kali kedua pun mcm tu..kali ketiga Iman langsung tak nak beri kerjasama..dia pejamkan mata dia rapat-rapat sampai 2 org optometris terpaksa mengerjakan matanya..sorang tkg bukak..sorang tukang msk ubat..Lagila kuat dia meraung..Abg tak sampai hati nak tgk..Tapi dah itu prosedurnya..nak buat mcm mana...

Pkl 10.30 Iman dipanggil masuk bilik dr..Dr kata Iman ada squint ( juling )..tapi julingnya tak tetap..Aku dah agak..sebab kalau tgk Iman merenung sesuatu..nmpak matanya lari sedikit..tapi aku ingtkan mata kiri je..tp dr kata kedua-dua mata Iman juling..dan rabun..Power matanya 250 utk kiri dan kanan..Dan dr menyambung buat masa ni tak de rawatan, dr nak tgk lagi 6 bulan..Kalau keadaan msih kekal..barulah treatmen akan dijalankan..

Sesak skjp dadaku mendgr cerita abg..2 org ankku rabun dan juling..Dalam hati menanam tekad..nak buat terapi byk2 utk mata Iman..Ada seseorang memberitau..Nak elakkan mata anak2 jd lazy eye..selalu mainkan rattle atas kepala dia..biar dia ikut rattle tu..utk latih dia gunakan mata..

Kalau blogger2 lain ada kaedah utk terapi mata, blhla share ye...

Dlm hati..Ya Allah kuatkan semangatku hadapi dugaanmu ini Ya Allah...

Tuesday, May 19, 2009

SERIBU RASA




Salam semua..
Ada seribu rasa yg ingin dikongsi..ada seribu rasa yg ingin diluah..

Termenung seketika aku membaca entri jiey (Kerna Kasih Kita) ptg tadi..Tak sedar air mata mengalir perlahan..begitu jujur jiey meluahkan rasa..2 perenggan terakhir entrinya begitu menyentuh hatiku..Itulah rasa yg selama ini meruntun hatiku..Rasa yg payah dimengertikan..rasa yg kadang2 kucuba buang jauh dari difikirkan...Andai memikirkannya aku bimbang emosiku kembali down..Rasa kesal dan rasa bersalah kembali menyesak dada..

"terpilih tak semetinya tersisih"..


Benar..itu jua harapanku..agar Iman diterima masyarakat, agar iman diterima orang sekeliling..tapi kadangkala aku sengaja tdk memikirkan pandangan org yg melihat Iman..setiap kali kami ke pasaraya membeli barangan dapur..byk mata yg memandang, malahan ada yg membulatkan mata melihatkan aksi pelik Iman di dalam stroller..Iman suka melentikkan badannya di buggy stroller..begitu juga di dlm carseat..jd kami terpaksa meletakkan bantal di perutnya agar dia duduk diam..Kadang2 kuluahkan pada abg rasa tidak selesaku..Abg memujukku..jgn fikirkan pandangan org..Iman juga berhak dilayan bagai anak2 yg normal..Begitu optimis sekali abg..dia tak peduli byk mata yg melihatnya, tatkala dia membawa iman turut sama bermain di taman permainan kanak-kanak di tesco..turut sama menaiki kereta yg dinaiki oleh kakak2nya..

Bukan tidak sedikit org yg mendekati..bertanya..berapa bulan..nak jwb 5 bulan tak logik..badan Iman tinggi..cuma kurus..paling sng kujawab..dia special baby..barulah mereka diam..Dan tak kurang juga yg melahirkan simpati berlebihan..sian dia ye..dan perkataan itu diulang berkali-kali..

Hati kecil berkata..bukan simpati yg aku minta..Iman jua tak minta dilahirkan begini..Tapi ini semua tulisan takdir yg harus kami terima..Ini perjanjian kami dgn Allah yg dah lama tertulis di dada takdir..Apa pilihan yg kami ada...kecuali terus membesarkan Iman dgn penuh kasih sayang..dia jua manusia..punya rasa dan jiwa.

Benar jua kata jiey..Dunia ini ada piawaiannya sendiri..dan iman tak perlukan kelulusan sesiapa utk dia melaluinya..Cukuplah masih ada yg menyayanginya..masih ada yg menerimanya..dan tidak membezakan dia..Dia ada kakak2 yg suka bermain dgnnya..dia ada mak cik2 dan pak cik2 yg begitu caring..Apa lagi yg dia minta...

Cuma kadang2 aku terfikir..siapalah yg akan membantu dia apabila aku telah menutup mata kelak..memikirkan itu air mataku pasti bergenang..Tapi abg selalu berkata..jgn terlalu memikirkannya..Kita mampu melaluinya..Kita akan teru berusaha buat Iman..Sampai ke hujung nyawa...

Khamis ni..iman ada appoinment mata..Mintak2 la tak de berita yg menyedihkan..Sama-samala doa ye..

Buat semua..terima kasih kerana sudi berkongsi seribu rasa...

Sunday, May 17, 2009

IMAN, KOLAM DAN WAYAR


" Umi..cepat umi..cepatt..Iman masuk bwh kerusi..." terdgr jeritan kak long, waktu aku sebok mengangkat kain..

Aku segera berlari ke depan..kulihat badan iman separuh di bawah kerusi..baru shj aku membongkok mau mengangkatnya...

" Waaaa..." kepalanya terhantuk dgn kayu bawah kerusi...

Cepat-cepat aku keluarkan kepalanya...Sambil otak ligat berfikir..mcm manalah iman blh msk bwh kerusi ni..sbb ruangnya sempit..Kugosok kepalanya berulang kali..serta merta tangisnya reda..dia tertawa..Eh cpt benar baiknya..emm kuat btl anak umi ni...

Aku mesti lakukan sesuatu, nampaknya Iman semakin lasak..dia tak blh kubiarkan di atas tilam spt dulu..hbs ruang tamu rmhku dijelajahinya.. pernah suatu hari aku ke bilik air memandikan Mira..k.long kuarahkan menjaga Iman..tgk2..Iman dah berada di depan pintu, menjilat alas kaki..terjerit aku..sambil mulut memarahi kak long..dia kalau dah tgk astro ceria..apa pun tak sedar..Tp yelah dia baru 6 tahun..apalah sgt yg boleh diharapkan..

Nak ltk Iman dlm baby cot pulak terlalu sempit..dua kali pusing dah habis kawasan..pastu dia mengamuk..kalau kat wad mcm tulah..dia tak de tmpt yg luas utk bergolek..last sekali dia gigit pagar katil kat wad tu..

Teringat seorang kwn yg meletakkan anaknya di dalam kolam..Yup..aku nak ajak abg g cari kolam kat Tesco..Bimbang aku nak buat kerja ptg2..yelah Mira pun kecik lg..masih perlukan perhatian aku..sekurang2nya selamat sikit...biar Iman bergolek dalam kolam je...

Hjg minggu tu kami ke Tesco..dptlah cari kolam buat Iman yg ada 3 gelung udara ditepinya..Nak cari yg besar lg dah tak de...Mulanya Iman menangis jgk apabila diletak dlm kolam tu..tapi bila 2 kakaknya sama masuk berenang..dia pun seronok..lama-lama dia ok..Lega skt rasa hati, kalau nak tggl solat pun..Maklumla aku ni tak de maid..so terpaksala buat semuanya sendiri..Penat..memangla..tp tak sangguplah..mcm2 cerita menakutkan tntg maid ni...kata org ikut nasib...

Tapi sjk akhir2 ni ..Iman dah pandai buat akrobatik..dia dah pandai keluarkan bdnnya dari kolam..dan nak tau dia ke mana kalau dapat keluar..dia terus ke tepi dinding yg ada plak..ditariknya wayar yg ada kat situ..Bahaya betulll...Minat btl dia kat wayar...Kat rmh pengasuhnya pun begitu...

Emm..Iman nak jd wayering man ke? Nanti kalau berkesempatan aku rakam aksi akrobatik Iman tu..Mula2 tgk dgn abg..kagum gak..Sekurang2nya kami tau Iman mampu gunakan otaknya utk berfikir...

Emm.. Iman..Iman..Lasaknya blh tahan jgk..Walaupun keadaan mu begitu..tapi Abi dan Umi tetap syg padamu nak..sama seperti kakak2 mu yg lain..Insyaallah, umi dan abi tgh kumpul duit nak sambung rawatan Iman di The Tole...

Saturday, May 16, 2009

IMAN YG KUSAYANG

Emm..cite Iman lagi..mungkin aku kena tkr blog ini ke tajuk Iman kot..bukan tak de cerita lain..tapi Iman byk cerita yg nak kukongsikan...

Sambungan kisah di The Tole...

Setelah 3 bulan aku membuat rawatan di The Tole..dgn perbelanjaan yg hampir mencecah 3 ribu..Dgn setiap kunjungan menelan belanja hampir 2 ratus ataupun lebih..kalau Iman batuk kami akan dibekalkan dgn ubat kahak..dan harganya RM10 sepeket utk dimakan selama seminggu, jd kena beli 7 peket...campur Brain Powder, 7 peket RM105, Sekali rawatan akupuntur RM35 termasuk harga 4 batang jarum RM8..Harga rawatannya memang agak mahal..tapi demi Iman kami pejamkan mata setiap kali membayar..bukannya tak de keperluan lain..tapi kami mendahulukan keperluan rawatan buat Iman...Yelah mana ada rawatan yg percuma kan...

Kadangkala aku bertanya sendiri..berbaloikah aku mengeluarkan wang sebyk itu utk rawatan di The Tole ni? Berbaloikah aku melihat 4 jarum terpacak di kepala Iman selama sejam dan memperuntukkan hari minggu untuk rawatan Iman..tiada lagi aktiviti berkelah atau window shopping di setiap hujung minggu..yg ada hanyalah rawatan buat Iman...Memang agak memenatkan..Tapi kami yakin..Iman mampu sembuh..moga ada ketidakupayaan Iman yg mampu diatasi...Dan itulah doa yg tidak putus-putus aku panjatkan selama melakukan rawatan...

Dan akhirnya setelah 3 bulan melakukan rawatan..Iman boleh menelan..boleh makan nestum yg agak pekat..boleh minum susu tanpa menyembur..dan itulah yg paling mengembirakan aku..sekurang2nya Iman tak perlu ditebuk..itulah yg paling aku takut, kalau kekuatan menelan Iman masih belum kuat...

Iman setahun, 2 bulan selepas melakukan rawatan..suatu hari aku terkejut melihat Iman boleh meniarap dgn baik dan boleh mengeluarkan tgn kanannya yg biasanya terselit di bawah perut..dia juga boleh bergolek ke kiri dan ke kanan..Tak sia2 terapi selama ini kulakukan..meletakkan dia dia di atas tilam..dan golekkannya dgn
perlahan...

Iman setahun 2 bulan..Dia sudah jarang diserang sawan..malahan boleh dikatakan tiada serangan langsung..Alhamdulillah..bahkan Iman semakin aktif bergolek di atas tilam..Giginya pun dah tumbuh 8 batang..pantang tersilap letak tgn..pasti merasalah gigitannya..Sakit tuu..Dan yg selalu kena Miralah..Meraunglah dia kesakitan..

Iman setahun 4 bulan..Alhamdulillah..tak putus-putus kupanjatkan kesyukuran..Iman boleh menjulur ke depan..tapi ala komando..Dia akan bergolek kemudan menjulur dan bergolek balik..begitulah aktiviti dia seharian...

Sekarang..Iman dalam proses utk menguatkan tgnnya..dr memberi harapan, jika tgnnya kuat untk menahan..Iman ada peluang yg cerah untuk merangkak...Amin...

Aku tak tau nak katakan..adakah hasil akupuntur Iman mampu mengatasi ketidakupayaannya sedikit demi sedikit..Namun perkembangannya yg begitu memberangsangkan terjadi selepas aku melakukan rawatan akupuntur dan terapi hospital..Namun aku sedar, semua ini tak akan terjadi tanpa izin Mu ya Allah... terima kasih kerana meminjamkan aku kekuatan utk terus melihat perkembangan Iman...dan terus berusaha untuknya hingga ke akhir hayatku....

3 BULAN


Selama 3 bulan kami meneruskan rawatan di The Tole..dan sepanjang 3 bulan itulah aku berjumpa dgn ramai org dan berbagai kisah kuhimpun..Semua tu menyedarkan aku..i'm not alone..Ramai lagi mereka seperti aku dan abg di luar sana..malahan ada di antara mereka yg lebih menderita..tapi mereka masih mampu mengukir senyum...

Setiap ahad sekitar 130 tengahari kami akan bersiap ke The Tole utk memulakan rawatan akupuntur buat Iman..Harapan kami cuma satu..utk mengurangkan ketidakupayaan Iman..dan yg paling awal..agar Iman dapat menelan dgn mudah...

Dan setiap kali kunjungan, master akan menyambut kami dgn senyum ramah..sambil mulutnya riuh bermain dgn iman..setelah bermain seketika barulah master akan mencucuk kepala iman dgn 4 jarum, setelah itu kami akan beredar ke ruangan menunggu selama satu jam..di situlah kakak-kakak iman, anis dan mira akan bermain sambil menonton tv..

Di bilik itulah aku bertemu dgn kak Nor dari Cheras..yg juga membuat rawatan utk anaknya yg CP..dia menceritakan anaknya lemas waktu dilahirkan..dan dia baru je pulang dari India..suaminya bertugas di sana..Di India dia juga melakukan rawatan akupuntur utk anaknya..tapi caranya lain..tu yg dia cuba di Malaysia pula..Masih kuingat lagi soalannya tentang Iman...

" Anak sakit apa?" soalnya ingin tau..
" Microchephaly.." jwbku ringkas..
" Ooo..tapi dia tak nampak mcm sakit...mukanya nampak mcm budak normal..kalau tak ckp tak tau pun dia sakit...Insyaallah..dia akan sembuh..yg penting kita terus berusaha..."..ujarnya disulami nasihat...

Aku menghela nafas berat..Ya memang Iman nampak normal..dia tidak mengalami kecacatan mental, dr mengesahkan 95% mentalnya normal..dia boleh tersenyum, ketawa dan menangis bila diusik...Tapi dari segi fizikal, perkembangan iman lambat..dia tak mampu menelan dgn baik..duduk, berjalan apatah lagi...Masa aku membuat rawatan akupuntur itu..iman masih belum boleh meniarap dgn baik..dia tak boleh keluarkan tgn kanannya..tgnnya tak kuat..

Kupanjatkan doa..Ya Allah..Sembuhkanlah anakku ini..dan jadikanlah aku org yg redha di atas segala ujianMu ini...

Tuesday, May 12, 2009

IMAN AND THE TOLE

Suatu malam yg hening...ada seorang ibu sedang tekun menghadap laptop..jemarinya sebok menaip kekunci..microchephaly..paccygyria..cerebral palsy...kelumpuhan otak..bayi istimewa...

Tujuan ibu itu hanya satu..utk mengumpul sebnyak mungkin maklumat mengenai penyakit anaknya..rawatan yg boleh diberikan..dan akhirnya terteralah perkataan "THE TOLE..RAWATAN PENYAKIT KELUMPUHAN OTAK..."..bersemangat sekali ibu itu membaca testimoni-testimoni yg terdapat dalam laman web itu..hatinya begitu tertarik..dlm masa yg sama cuak..ini perubatan cina..halalkah? Bolehkah digunakan utk orang Islam? Tapi dlm masa yg sama ibu itu segera mengambil pen dan kertas, mencatat alamat pusat rawatan berkenaan..dlm hati, merancang tindakan..esk nak call..

Akulah ibu itu..hati tekad mencari rawatan buat iman..rawatan yg lebih realistik..bkn iman tak pernah berubat sblum ni..tapi aku nak mencari rawatan yg lebih baik ..dan ayat yg paling kuingat dlm laman web tu.."akupuntur di the tole mampu menguatkan tenaga otak..terutama anak-anak istimewa spt iman..ia mampu merawat masalah saraf yg lemah...dgn kaedah kepala dicucuk dgn jarum yg tajam dan juga memakan ubat yg dinamakan brain powder..ramuan akar-akar kayu dari cina utk masalah otak.

Esoknya, blk dr sekolah aku terus menelefon pusat rawatan the tole tu..mengatur pertemuan..
"boleh..boleh..awak blh dtg bawak anak..saya mau tgk..."

Ptg sabtu minggu tersebut..aku dan abg nekad ke the tole..anak2 lain ditinggalkan di rumah...linda jaga..berbekalkan wang rm5 ratus di tangan..tempatnya di jalan bukit bintang, kl...memang di tgh2 kesibukan manusia...stlh mencari, kami jumpa jugala tmpt tersebut..naik ke tingkat 4..tertera perkataan the tole di pintu masuk..hati berat nak melangkah..di pintu msk..penuh dgn tulisan cina..di dalamnya juga terdapat berbotol-botol ubat cina..tak ubah seperti kedai sensei cina..abg menarikku masuk..kami duduk seketika..Dlm hati..Ya Allah betul ke apa yg kubuat ni..aku mencuit abg..kami kelihatan canggung kerna kamila satu-satunya pasangan melayu yg berada di situ, yg lain semuanya org cina yg keluar masuk..

" Bang,jom balik.., syg rasa kita salah tempat ni..."..aku bingkas bangun..bau ubat cina sgguh membuatkan ku tak selesa...Abg keberatan.."kita tanya dulu..."

Abg terus ke kaunter pendaftaran..mengisi borang..dan bertanya untuk berjumpa master Leong..pengasas tmpt tersebut...Petugas di kaunter meminta tggu sebntar kerana master leong sdg merawat pesakit dr Pakistan..Sedang kami menunggu itulah, kami didatangi seorang wanita..kusangka org Malaysia..tapi sangkaanku silap..rupanya wanita itu org Singapura..dah 2 minggu dia di situ...anaknya juga seperi Iman..tapi kaki anaknya bengkok..tak boleh diluruskan..dan ayat dia yg kuingat..

" U all beruntung kerana the tole satu-satunya pusat akupuntur yg menjalankan rawatan ke atas kanak-kanak..kat negara saya tak de..byk utk dewasa..thats why tmpat rawatan ni taraf international..ramai pesakit dari luar negara buat rawatan kat sini..."

" Muhammad Aiman.." nama iman dipanggil..Aku dan abg segera masuk berjumpa master..Master Leong melemparkan senyuman ramah..

"Ok cerita..apa history anak awak? "..aku dan abg pun menceritakan kisah iman dari awal hingga akhir...Master Leong tersenyum dan mengangguk-angguk...

" Ok takpe kita cuba..kita cuba buat akupuntur..tgk dlm sebulan..Iman boleh menelan atau tidak.." ulas Master Leong stlh aku menceritakan kepayahan Iman utk menelan..otot menelannya tidak kuat..Iman tak boleh makan nestum, kalau kupaksa suap juga dia akan muntah..jd terpaksalah aku masukkan nestum ke dalam susu..

Aku yg masih curiga terus bertanya.." Maaf Master..boleh saya tanya dalam Brain Powder you ada isi campuran arak tak?..as u know kami org Islam..arak haram bg kami.." laju je mulutku bertanya..

" Oh..tak de, ubat saya hanya betl-betul akar kayu dari cina..dan tak de campuran arak' jawab Master Leong, riak wajahnya menunjukkan kejujuran.

" Ok..kita start akupuntur..tgk penerimaan Iman mcm mana..."

Aku mencuit abg..abg menganggukkan kepala..maksudnya abg bersetuju utk memulakan rawatan..demi Iman kami mengambil risiko yg blm pasti...

Dan..Master sambil mulutnya mengusik Iman..dia meletakkan jarum di atas kepala Iman..4 jarum semuanya..Aku menjerit kecil melihat jarum yg tajam itu menembusi ke dalam kulit kepala Iman..bimbang Iman kesakitan..Tapi sebaliknya, Iman hanya tersenyum..

" Tak sakit ke? " soalku kepada Master..
" Tak..mcm kena gigit semut je..."

Terpacakla 4 btg jarum di kepala iman..dan kami perlu membiarkan Iman dgn jarum tersebut selama sejam utk satu sesi...semua tu utk menguatkan tenaga otak Iman..Iman berkelakuan biasa, seolah-olah tak de apa-apa di kepalanya..sah..Iman tak sakit..

Setelah sesi rawatan tamat..kami dibekalkan ubat Brain Powder utk satu minggu..Iman diminta dtg lima kali seminggu..utk penyembuhan yg lebih cpt..tapi kami tak mampu kerana kos rawatannya yg agak tinggi..petang itu kami dicaj sebyk RM268..RM35 utk satu sesi rawatan, Brain Powder RM105, 7 paket utk seminggu..perlu dimakan setiap hari dan dicampurkan dalam susu, jarum RM8..RM2 sebatang..dan konsultasi RM120..boleh tahan harganya..tapi utk iman..kami rela..

Ptg itu kami meninggalkan the tole dgn harapan..moga ada sesuatu yg menjanjikan kesembuhan iman di sini...dan kami akan dtg lagi hjg minggu depan..


The Tole Acupuncture Herbal Medical Centre
Suite 4.08 & 4.10 , 4th Floor ,
Medical Specialist Floor,
Menara KH (Menara Promet),
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Malaysia.
Tel: 603-21418370 / 603-21451671
Fax: 603-27326887

tole88@gmail.com

OR

master88@streamyx.com


Monday, May 11, 2009

ALAHAI MIRA..



Hari ni aku stress btl dgn mira..tak boleh ditegur skt..mulalah mengamuk...berbagai2 aksi yg dibuatnya mencabar kesabaran aku..bermula dgn berebut basikal dgn kak long waktu petang...dia tak mahu naik basikal keciknya..nak naik basikal yg besar, padahal nak pijak pedal kaki pun tak sampai...ditegur dia meraung...

Aksi malam, aku tgh sebok menyiapkan menu kegemaran mereka..mee kuah..mira memanjat laci almari tv dan berdiri di dalamnya...hasilnya badannya betul2 di hadapan tv, terjeritlah kak long yg nak tgk tv tak nampak...bila ditegur dia buat tak tau je..bila dimarah, apalagi meraungla...

Dan yg terakhir...waktu makan, dia berebut makanan dgn kak long...nak yg banyak..tapi dia tak makan..dia masukkan mee tu dalam botol dan dia bermain dgn sudu..suku je mee tu yg masuk ke mulut..nak disuap dia memang tak mau..semua nak buat sendiri...last sekali dia telangkupkan mee tu ke lantai, masa aku sebok bagi iman makan..menyirap betul darah...masa tu abi dia baru balik, kena marah..apalagi meraungla...

Itulah mira...memerlukan kesabaran yg tinggi untuk mengurusnya..kena tegas dalam berlembut...tapi orgnya baik dan cukup caring...

Cepatlah besar nak..moga jadi anak yang solehah dan membahagiakan abi dan ummi...

Saturday, May 9, 2009

IMAN DAN BRONCHITIS

Malam tadi..iman tak boleh tidur..lenanya diganggu batuk..batuknya kerap dan kadang-kadang diakhiri dengan muntah..Uminya? Dah tentu uminya juga tak ckp tidur..bangun dan angkat iman dari buai..beri iman sedutan asthalin, supaya lega paru-parunya..abinya? Abinya tak de...outstation ke Melaka...

Teringat masa Iman mula-mula disahkan menghidap bronchitis..hampir satu malam dia tak tidur..batuknya berterusan..dia menangis sepanjang mlm..lastnya kami ke klinik swasta dptkan nabulizer buat iman..br tahan skt batuknya..pkl 6 pg..batuk iman dtg blk..tp kali ni makin teruk..sampai naik biru mukanya..kami ke klinik semula..sekali lagi iman diberikan nabulizer..dan dr memberikan surat rujukan..kalau kali ke 3 iman diserang sesak nafas lagi..kami perlu terus membawanya ke hospital..dan itulah yg terjadi..pkl 2 ptg..dada iman kembali menyesak..dia menangis tak henti-henti..susu dan nestum langsung tak mahu dijamah..kami bergegas ke emergency hospital serdang..

"Paru-paru iman terlalu byk kahak..tambahan lagi kawalan air liurnya yg lemah..dan dia tak pandai membuang kahaknya..lebih memburukkan keadaan paru-parunya...tak pela kita admit wad..kita pantau keadaan iman..dia akan diberi nabulizer setiap 3 jam...', ujar dr di bhagian emergency..dan sekali lagi iman diadmit ke wad 5A di Hospital Serdang..

Bermalamla iman di hospital selama 3 hari..dan setiap malam iman menangis kerana tak boleh tidur...uminya dah naik pening kepala sebab tak cukup tidur..tapi untuk kebaikan iman, umi rela...

Hari keempat, iman dibenarkan pulang..itupun setelah puas umi merayu nak keluar wad..siankan iman yg tak boleh tidur..iman ada masalah untuk tidur di atas tilam, badannya akan kejang dan mengerengkot seperti sawan..dan iman hanya melelapkan mata di dalam buai..tapi kat wad tak de buai..terpaksalah umi meribanya sepanjang malam..

Dan semenjak itulah iman dibekalkan dgn asthalin, dia perlu dipuff menggunakan aerochamber setiap pg dan mlm..mujurlah kami dah biasa dgn aerochamber tu..sebab mira pun gunakan kaedah yg sama..tapi lelah mira dah baik...

Iman..Iman..byaknya ujian umi nak membesarkan mu nak..tak pe..umi yakin iman juga anak yg kuat dan mampu menempuhnya..dan setiap hari umi berdoa..iman akan membesar mcm anak-anak yang lain...
video

Friday, May 8, 2009

3 KALI SELAMAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



He..he..apa yg selamat ek? Bln ni ada 3 sambutan..dan 3 sambutan tu ada kena mengena dgn aku..

Pertama : 1 May...Hari Pekerja

Yup..aku juga seorang pekerja..moga aku terus mampu menjadi pekerja yg cemerlang buat sekolahku..he..he..GB..nak mintak tkr sek leh tak?

Kedua : 10 May..Hari Ibu

Akula tu..ibu kepada 3 anak..pening kepala?..ye..memang pening..anak2 tgh nak membesar..macam2 karenah..kdg2 tak sangka, aku ni ibu yg beranak 3..cepatnya masa berlalu..rasa baru je smalam aku bergelar kanak-kanak, student, isteri dan kini aku ibu..

Teringat masa ambik kak long smlam di tadika..nampaknya je aku terus dia hulurkan kad..kak long sayaaanng umi..teacher suruh nyanyi..

Oh..ayah..oh..ibu..
Dengarlah rintihan..dan luahan anakmu...

Op..k.long lupalah..nanti tanya teacher balik e..

Okla kak long kita sambung nyanyi tahun dpan...

16 Mei : Hari Guru

Inilah hari yg semua guru tggu tiap2 tahun..sambutan kat sek memang happening..masa nilah nak dgr kawan-kawan tunjuk bakat..tapi bagi aku hari ni ckp bermakna..kerna aku amat bersyukur..kalau tak de guru-guru aku yg dahulu..tak delah aku yg mampu berdiri segak sebagai guru hari ini... matlamat aku..anak muridku terus maju..dan mampu memilih apa yg terbaik dlm hidup mereka...aminnn...

Kepada semua pekerja, kepada semua ibu..dan kepada semua guru..aku ucapkan moga selamat semuanya....

Thursday, May 7, 2009

SAWAN

Sawan...itulah perkataan yg paling aku takuti...mengingatkan detik-detik iman diserang sawan sgt mencemaskan hatiku...Badannya akan mengerengkot seperti huruf "C", mukanya kebiruan..dan diakhiri dgn tangisan...

Iman mula diserang sawan ketika umurnya 5 bulan..masih kuingat petang itu..aku tgh memasak makan malam...linda, adikku yg menjaga iman menjerit memanggilku...dia lht iman berkeadaan pelik...Masa tu kami belum tau bentuk serangan sawan iman...Aku bergegas ke depan..badan iman keras dan kaku...mukanya menggambarkan keperitan yg amat sangat dan tangisannya nyaring dan kuat...Iman segera kuangkat...

Ya Allah...Kenapalah anakku ini...Aku ketakutan, penyakit apakah yg iman tanggung sekarang...aku langsung tak tau rupanya iman sedang diserang sawan...kerna sawan yg biasa kulihat..matanya terbeliak ke atas...tapi iman tak, dia sedar...Lantas aku segera menelefon abg supaya cpt pulang...iman perlu segera dibawa ke hospital...Tika itu sawannya menyerang setiap 5 minit...

Kuarahkan linda mengemas barang-barang yg nak dibawa ke hospital...sambil mulut tak henti-henti berdoa...Ya Allah selamatkanlah anakku....

Setibanya abg di rumah kami terus ke hospital serdang...bahagian emergency...kukhabarkan pd pegawai bertugas anakku diserang kejang...serta merta siren kecemasan dibunyikan..dan aku diminta membawa iman ke emergency room..nurse yg bertugas terus mengambil iman dariku...dia terus diberi bantuan pernafasan..nurse memberitau iman dalam keadaan bahaya..dia diserang sawan dan lebih bahaya kerana sawannya menyerang setiap 5 minit...jika tidak diberi bantuan..otak iman akan mengalami kecederaan yg serius...

Menggigil seluruh tubuhku...nafas rasa terhenti seketika...kalaulah umi boleh menanggung kesakitanmu nak..umi rela...umi tak sanggup melihat dirimu menahan kesakitanmu nak...seksa sgguh umi melihatnya...

Malam itu juga iman diadmit ke wad..dan dibri perhatian 24 jam..iman terpaksa dimasukkan air kerana iman tak boleh diberi makan atau minum..bimbang sawannya menyerang dan dia boleh tercekik...

Dan aku...hanya mampu melihat kesakitan yg iman lalui...dan sepanjang malam itu, aku tak melelapkan mata seminit pun...bimbang sawannya menyerang...

Dan ikhlas aku katakan...aku tak mahu melaluinya lagi...cukuplah sekali..dan semenjak itu..iman ada juga diserang sawan..tapi tak teruk..cuma sekali dalam seminggu...Akhir-akhir ini, sawannya telah tiada dan aku harap sgt penyakit itu pergi dari tubuh anakku...

Amiinnnn...

Wednesday, May 6, 2009

BICARA SEORANG IBU

Saat aku merasa dunia ini tak adil terhadap aku..saat otakku sarat memikirkan keadaan iman...aku dipertemukan seorang wanita di pejabat sekolahku...itupun secara tak sengaja..dia merupakan ibu kepada seorang murid prasekolah yg sedang menghidap masalah kanser di dalam otak..tahap kritikal...

" Emm..akak nak jumpa GB ke?", sapaku..
" Aah..", perlahan je kudengar suara akak tu..sambil tangannya mengusap lembut kepala anaknya yg sakit tu...
" Ini adik zulkhairin yg sakit tu kan..? Dah baik ke? " tanyaku ingin tau..
" Aah...saya dtg ni pasal dialah..nak minta surat jaminan dari GB utk dia ni...dia tak sht lagi keadaannya makin teruk, dia kena buat radioterapi setiap minngu...sekali buat rm6 ratus..saya tak mampu...saya dah kena buang kerja...gaji suami saya pun kecik...nipun saya bawak blik dia sekjp...dia nak jumpa kawan-kawannya"...ucap kakak itu sayu.

Terhenyak aku seketika...aku bagaikan tersedar...selama ni aku rasa, akulah paling susah...dianugerahkan anak istimewa...hingga aku lupa...ada lagi orang yg susah di keliling aku...dugaannya lebih hebat dan lebih berat dari aku...deritaku ibarat seberat kuman berbanding derita ibu ini...Ya Allah..ampunilah hambamu ini...pinjamkanlah aku kekuatan ibu ini...yg kulihat tenang sekali...

" Ketumbuhannya tak boleh dibuang ke kak?", celuparnya mulut aku bertanya...tapi aku benar-benar ingin tau..
" tak boleh...kedudukannnya di tempat merbahaya...hanya radioterapi je boleh utk kecutkan ketumbuhan tersebut...Dr pun dah tak bagi harapan...tapi saya nak terus mencuba...kuasa Allah sapa yg tau...org hanya memandang...tapi yang melaluinya je tau dan faham..." ujarnya lagi.

" Saya faham kak...saya faham...saya juga ada anak istimewa seperti dia...saya tau betapa serabutnya otak memikirkan masa depannnya...tapi ujian akak lagi berat...saya harap akak sabar ye..." ujarku cuba menyedapkan hatinya, tapi sebenarnya utk aku juga.

" Tak taula cikgu...tapi saya bersyukur Allah bagi peluang untuk saya menjaganya....selagi hayat dia masih ada.." ucap akak tu perlahan dengan genangan air di matanya...sambil mencium kepala anaknya perlahan...

Tersentuh benar hatiku tika itu...terasa ada air panas di kelopak mataku...Anaknya bakal pergi dan tiada harapan yg boleh disandarkan...hanya keajaiban...sedangkan aku...iman masih punya peluang yg cerah untuk terus hidup, terus menjadi insan normal..cuma aku..aku yg perlu kuat utk menempuhnya...berusaha mengurangkan ketidakupayaannya...dia tak minta semua itu...semuanya dah tertulis...dan berdosanya aku selama ini memikirkan hal-hal yg buruk2 tentangnya...dan detik itu, aku sedar..aku harus bangkit dari kejatuhan ini..aku tidak seorang...ramai lagi mereka sepertiku...semoga kisah-kisah ketabahan mereka menjadi pengajaran buat aku...

Dan berita terakhir kudengar...anak akak itu telah menghembuskan nafas yang terakhir masa musim cuti sekolah yg lalu...

Al-Fatihah untuknya..Aminnn...


BERMULANYA CERITA


Iman...
Umi ingat lagi detik-detik duka kita bermula...Waktu tu kita pulang ke kg abi..

Wan iman berkata.."umi rasa, iman ni ada masalah la nanie...tgk lehernya dah 4 bln, tak kuat lagi..meh ikut umi ke klinik..jumpa dr.."

Dan saat dr memanggil umi ke dalam biliknya...umi rasa bumi ni macam nak terbalik..hati rasa nak meraung...

" Anak puan ada masalah pertumbuhan otak..atau nama sainsnya microchephaly..., senang cerita anak puan tak sama macam bayi-bayi lain "

Itulah ayat doktor yg umi ingat sgt sampai skrg...dan umi selalu berfikir...andainya masa boleh diulang balik...taklah iman jadi macam ni...

Dr memberikan surat rujukan untuk membawa iman ke dr pakar di serdang..

Dan pertemuan pertama dgn dr memberikan satu jawapan yg menakutkan...segala memori melahirkan iman bagaikan terbayang2 di ruang mata...apa yg dr katakan benar-benar menjadi kenyataan...patutlah iman menangis dan payah tidur...rupanya dia sakit...abi dan umi je tak faham apa yg iman rasa...maafkan kami ye iman...

Sejak detik itu bermulala kehidupan kami dgn berulang alik ke hospital.. iman terapi setiap 2 mggu..dan menyusul rawatan utk telinga, paru-paru dan mata...

Dan nama iman dihantar ke HKL utk EEG..saat itu aku rasa, hidupku benar-benar teruji...iman yg lemah ni selalu berkata...kenapa aku...kenapa tidak org lain...berjayakah aku menempuhnya...hanya air mata yg menemani setip mlmku...begitu susah nak pejamkan mata...aku sering terjaga mlm...memikirkan iman..bagaimanakah kehidupannnya...masa depannya...dan penghujungnya aku menangis lagi...

tapi itu dulu...hinggakah ke satu peristiwa...aku sedar ini semua ujian Allah buat aku...dan aku harus redha dgn takdir yg dah tertulis ini....Aku harus kuat dan terus berjuang buat iman...andai aku lemah..bagaimana iman utk terus gagah menempuh hidup ini....

TANGISAN

HIDUP INI PENUH SUKA DAN DUKA...

KADANGKALA KITA PERLU MENANGIS UNTUK MENGATAKAN
HIDUP INI BUKAN SEMATA-MATA UNTUK KETAWA...

DAN KADANG-KADANG...

KITA PERLU KETAWA...UNTUK MENGATAKAN TANGISAN BUKANLAH SEGALA-GALANYA...

Hari ini air mata aku gugur kerana kecewa...aku jua insan biasa..punya hati dan rasa...biarlah segalanya berlalu, bagai berlalunya angin membawa pergi deritaku...

Tuesday, May 5, 2009

IMAN DI OCCT


Hari ni aku agak stress skt..hati tiba-tiba jadi sensitif dgn rakan-rakan seperjuangan...yalah...kita tak tau hati org...kita sangka org ikhlas menyayangi kita sbgai teman...membantu di kala susah...tapi kadangkala kita silap...ada juga teman yg suka tgk kita tenggelam..dan paling parah, ada juga yg buat bila senang kita bersama ketawa..bila susah, lantak ngkolah...Ahhh...lantakla..bersangka baik dgn tuhan itu perlu...ada btlnya juga motto adik ipar aku ni...maybe ada sbbnya knpa aku yg terpilih...mungkin Allah nak tnjkkan jalan buat aku...utk jd lbh baik...dan mujurlah aku ada juga seorang sahabat yg btl2 optimis...menenangkan hati aku,tatkala aku derita...

Lupakan hal sekolah, biarla aku tggl masalah aku kat pagar sekolah..aku balik tepat jam 2 petang..terus ambik iman..dia kena g terapi kat occt hari ni...fisio dah lama iman terpaksa skip, sbb dia asyik tak sht...rindu plk kat puan hamidah...

Hari ni iman buat latihan tgn, pakar terapi pn.zurianti, risau dgn tgn iman yg keras dan ketat...dia nasihatkan aku bykkan rangsangan kat rmh...selalu jugak aku buat...tapi iman marah sgt, kalau aku cuba luruskan tgn dia...sakit agaknya...tak pela slow2...yg penting..iman sht..dan ceria...

Lepas terapi tgn..iman masuk kat bilik terapi lampu...bkn main sukanya dia..umi dan abinya pun suka juga...leka btl dia cuba ambik wayar2 yg cantik..dr kata tu nak merangsang penglihatan dan minda dia...kul 4.30 kami berangkat pulang...dalam hati risau dgn tgn iman..ya allah sembuhkanlah anakku ini...aku tak mintak byk..cukuplah iman boleh berdikari...aminnnn...

Monday, May 4, 2009

LAWATAN KAK LONG KE ZOOO NEGARA

Hari kedua aku di wad..k.long pegi lawatan aku zoo negara..anjuran tadikanya..dah lama dah bayar...memang dia selalu ajak aku dgn abg g zoo..nak tgk binatang katanya..aku je keberatan...iman tak boleh panas-panas, tkt sawannya menyerang...

Memandangkan aku kat wad menjaga iman..Aku keberatan nak lepaskan dia pegi, maklumlah ini lawatan pertama dia bersama kawan-kawan..risau gak..tapi abg yakinkan aku..tak pela bagi dia pegi..tak pe abg uruskan semua..

Pkl 4 ptg..aku call tadika..tanya keadaan kak long...teachernya beritau mereka dah selamat pulang...lega hati aku..dan ptg tu,aku dan iman dapat balik...jenuhla nak dgr cite dia pasal binatang-binatang...dan yg terharunya, ada souvenier utk abi dan umi...

IMAN MASUK WAD


Hari rabu lepas, iman kena jumpa pakar pediatrik kat serdang...kul 8 aku dah terpacak kat hospital...kalau kat pediatrik memang lama menunggu...kalau tak sempat blk ke sekolah terpaksala aku ambik cuti...

Pkl 11, baru sampai turn iman, dia dah tertido kat atas riba aku...dr dgr paru-paru dia...muka dr mcm lain je...dr cakap iman kena msk wad..paru-paru belah kanan dia byak kahak, kalau tak dirawat takut kena jangkitan kuman...terkedu aku dgr...sbb aku tgk iman ok je..cuma batuk dia kadang2 ada..

Sblum msk wad, aku bawak iman g x-ray dulu..dlm perjalanan call abg..terkejut abg..aku srh abg blk kemas baju dan keperluan iman...Sah..paru-paru iman memang byk kahak..Sampai kat wad dr terus bagi iman nabulizer...begitula keadaan iman selama 2 hari...iman terpaksa menyedut gas setiap 3 jam..nak tido pun tak lena...terpaksala aku ambik cuti rehat 2 hari..untuk iman, aku redha je...

Tapi, sian kat suami dan dua anak aku yg lain...tak de sapa nak uruskan kat rumah...nasib iman masuk 2 hari je...kalau tak tak taula...

Saturday, May 2, 2009

IMAN YG ISTIMEWA

IMAN SUKA BUAT...

MY PRINCE CHARMING....

SUKA DUKA BERSAMA IMAN


Muhammad Aiman itulah putera terakhirku...esok, genaplah umurnya setahun setengah dan sepanjang tempoh itula bermacam-macam suka duka kami hadapi...

KELAHIRAN IMAN
Aku ingat lagi, hari tu hari tu hari khamis...aku tak ke sekolah, mc..badanku tak shat...sedari pagi aku sedar ada kelainan pada kandunganku...babyku seakan tidak bergerak..kukhabarkan pada abg yg bekerja di putrajaya...kami segera ke hospital..dan dr memberitau satu berita yg menggerunkan...

" Maaf puan, kepala anak puan ni kecik...ukurannya baru 8 bulan...betul ke tarikh jangkaan bersalin puan ni? " soal doktor...
Aku bingung...mujurlah ada scan terakhir...masa baby 8 bulan...itulah bukti kandunganku btl...Ya allah...dugaan apa yg datang ni....akhirnya dr buat keputusan utk admit aku ke wad..memandangkan jantung baby problem, terlalu lemah..dan saiz kepalanya yg kecil...

Duduklah aku di wad selama 3 hari..sebelum iman dilahiran secara induce...Hari kedua di wad...dopler dilakukan, iaitu scan menyeluruh ke atas bayiku dgn scan 3D...Lagi satu berita yg menyentak nafasku...

" Anak puan berkepala kecil...tetapi badannya normal...dan jantungnya ada masalah..tidak ckp pintu..maybe jantung berlubang..." ujar dr itu kepadaku... " Dan yg pasti bayi ini lelaki..."

Kupandang wajah dr itu..." adakah anak saya cacat dr?"
"Emm..itu kita blum tau...doala tak apa-apa" ucap dr
" Bagaimana dgn jantungnya? " soalku lagi.
"Saya tak boleh bagi kepastian..kita tggu kelahirannya...kalau dia tak boleh bernafas dgn sendiri..umurnya tak lama.." ujar dr...

Kurasakan bagaikan batu besar menghempap kepalaku...mukaku panas dan terasa ada airmata yang mahu keluar...kucuba tahan..malu depan dr dan misi yg membawaku...

Sampai di wad...
" Bang...anak kita bang..." suaraku tersekat-sekat...abg di hjg talian menanti penuh harap...
" Ada satu berita gembira dan dua berita buruk...pertama..anak kita lelaki...itulah jantina yg abg sgt2 harapkan...tapi dr kata anak kita ada masalah kepala kecil dan jantung..." ujarku sebak..
" Dr kata...masa depannya...tak lama ..." tika itu, air mataku mengalir laju...aku menangis dan..abg di hujung talian tidak kutahu keadaannya....

Dan pada 3 nov 2007...hari sabtu...
Pukul 7 pg, aku dah diinduce...sakitnya thn je yg tau...sampaila pkl 7 mlm aku belum juga bersalin...kontraktion datang selang 5 mint...nurse menghantar aku ke labour room...terpana seketika aku melihat namaku ditulis di papan putih jururawat...rupanya aku bakal dioperate jika jantung bayiku masih lemah...dan aku diletakkan di bilik yg betul2 berhadapan dgn pos jururawat...itulah pertama kali aku bersalin di labour room...sblum ini tak sempat...

Sakitnya than saja yg tau...dua kali ganda sakit melahirkan anis dan mira...mungkin yg ni induce..sakitnya lain mcm..hanya kalimah allah yg bermain di bibirku...smpat jugak berfikir..aku tak nak dah bersalin lps ni...dah sejam aku di labour room..aku masih juga belum bersalin...tapi sakitnya selang seminit...aku memanggil misi...

" Nurse..sakit sgt rasanya...mcm dah nak bersalin..." ucapku dalam sakit
" Meh kita cek jalan.." ucap nurse..."ha..baru 4cm..lama lagi..jgn teran sgt..nanti bengkak...kalau tak thn, kita injek..."
" Tapi nurse...saya biasanya 4cm terus pegi 10..." jawabku..
" Heh..ni lain..induce..lg satu ni anak lelaki..." jawab nurse..akhirnya aku diberi satu suntikan di pinggang dan disuruh menyedut gas etonox utk menahan kesakitan...abg tak dibenarkan masuk selagi aku belum nak bersalin...

10 minit kemudian...
Aku yg seaakan berada dalam mimpi...terasa spt mahu meneran...sdgkan masa tu..takde sorang nurse yg ada bersama aku...apalagi aku pun menjerit...

" Nurse...tolong...saya..."
Serentak dgn itu juga 3 orang nurse berkejaran msk...terkocoh-kocoh mengambil peralatan...
" Tahan...tahan..." ucap nurse tu, dlm hati geram jgak,td aku ckp tak percaya...
Dalam sedar tak sedar aku melahirkan iman..kesan ubat tahan sakit betul2 buat aku mabuk..sampai tak tau mcm mana nak meneran..akibatnya aku terlelap semasa melahirkan iman..waktu tu kepalanya dah keluar...

" Bangunnn...teran...mati anak awak nanti..." jeritan misi membuatkan aku tersedar...akhirnya iman selamat dilahirkan..tanpa tangisan..setelah diberi oksigen..
"Waaa..."...alhamdulillah...masih bernyawa anakku...
"ha tulah...anak dah 3, teran pun tak pandai..kalau apa-apa jd kat anak awak..kami yg kena"...bebel misi tu...

Aku dalam keadaan mamai-mamai...aphal lak misi ni marah2 kat aku...siapa yg suntik aku..yg tak percaya aku ckp...ah...lantakla...aku nak tido...

Masa tu, aku dah tak larat bukak mata...masa misi jahit pun aku dah tak berdaya...
Aku langsung tak terfikir apa yag jadi pada anak aku...pada suami yg langsung tak sempat tgk aku bersalin sebab misi panik...

Sepanjang mlm suami jaga aku di wad...bayi itu kami namakan muhammad Aiman..sebab nama tu dah ada masa kami bercinta lagi...suami kata takut nak tinggal...aku macm orang mabuk...dialah yg alihkan anak ke kiri dan kenan untuk menyusu...aku tido tak sedar sampai pagi...

Sekali diingat memang ngeri....dan esoknya..aku boleh blk dgn selamat...aminnn...sgala andaian dr tidak menjadi kenyataan...kusangka panas hingga ke petang...rupanya hujan di tengahri...iman 4 bulan...cerita sedih kami bermula....