Followers

Thursday, September 10, 2009

TULANG RUSUK....

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat....

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Thanks ibu uwais ameenah...ianya ckp bererti.....


Tuesday, September 1, 2009

HAPPY BIRTHDAY MIRA.....


Hari ni 1 September....Maka genaplah umur Mira 3 tahun....

Dan tadi waktu berbuka, sempatlah aku belikan kek buat Mira...bukan main seronok lagi dia, senyum sampai ke telinga....

Emmm...dah besar anak dara aku yg kedua ni...melayan karenahnya dan kepetahan mulutnya, kadang2 buat aku geram...tapi itulah puteriku...Teringat sewaktu nak melahirkan Mira...Duenya pada 31 ogos, tapi Mira tak nak jadi anak merdeka...dia keluar keesokan harinya...

Tak pelah Mira...Umi doakan Mira jadi anak yg solehah dan berjaya dalam hidup....Amiinnn...

Wednesday, August 19, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semoga Ramadhan yg hadir ini membawa seribu rahmat, membawa seribu ketenangan....menghapuskan segala duka dan membawa sinar bahagia.........

Buat semua...SELAMAT BERPUASA...JALANILAH IBADAH INI DENGAN PENUH RASA KEINSAFAN....

Monday, August 17, 2009

HATI SABARLAH..............

Salam semua.....

Terasa berat benar jari jemari hendak menekan keyboard...ada rasa berat yg bersarang di dada...bergumpal menjadi satu...dan bagaikan empangan pecah yg mahu mengalirkan isinya...begitulah deras air mata ini mengalir......Namun sedih yg bertamu ini tidak mahu pergi, malahan terus merobek-robek hati.....

Apa benar org berkata...dugaan yg datang itu mematangkan kita??? Menguatkan kita???? Apa benar orang berkata...derita yg singgah itu menguatkan jiwa kita??? Mendekatkan kita pada pencipta??? Namun derita dan dugaan yg datang silih berganti, kadangkala membuatkan keimanan kita goyah...kita rebah dan tersungkur...Kita mempersoal...apa dosa aku??? Apa salah aku, diasak dgn dugaan sebegini rupa....

Namun, lewat ketika...kita tersedar...Perjuangan ini masih belum selesai...andai kita tersungkur....ada yg akan turut tersungkur bersama kita...ada yg akan lebih merana dari kita...pandanglah jernih mata anak-anak ini...di situ kekuatan untuk kita terus melangkah...walaupun ada ketikanya...kita seolah2 mahu berhenti...mahu lari dari dugaan yg datang....

Hati memujuk....sabarlah...semua ini aturan yg Maha Pencipta...Pasti derita ini akan ada penghujungnya...akan ada penamatnya...dan semoga ada hikmah yg manis menanti....

Amiiiinnnnnn...

Wednesday, August 12, 2009

KAK LONG DEMAM TERUK

Kak long yang kesejukan...


Tgh demam pun...sempat lg nak posing2....


Kak Long dgn topeng mukanya....

Salam semua...lelah betul minggu ini...hr ni dah 3 hari aku mc..dan dah 6 hari kak long demam...demamnya bermula pada hari jumaat lepas...sewaktu kami nak bertolak ke cameron...ikutkan hati mahu saja aku batalkan niat ke cameron..yelah anak tak sihat, nak g holiday pun tak senang...tapi mengenangkan hotel yg dah ditempah...kami terpaksa jua bergerak ke cameron walau hati berat....

Seblum bertolak, aku meminta abg membawa kak long ke hospital pakar an-nur di Bangi...kak long kena ambik ubat demam, batuk dan selsema dan beberapa tips untuk membawanya bercuti.....Dr menasihatkan kak long tidak didedahkan di tempat yg ramai orang dan sentiasa memakai topeng muka...maklumla musim wabak H1N1 ni memang merisaukan.....

Di Cameron suhu badannya memang tidak menentu, ditambah lagi dgn keadaan cameron yg sejuk memburukkan lagi keadaannya...Hatiku risau...hati mahu segera pulang...dan aku terpaksa kerahkan abg beli ubat punggung sebab mkn ubat cecair demamnya tak mahu turun....

Sampai di Bangi, setelah pulang dari cameron demam kak long belum pulih sepenuhnya....Suhu badannya naik dan turun...makan ubat sejuk...selang 6 jam panas datang balik...dan pada hari Isnin...aku bawak dia ke klinik lagi sekali...Kak long dibekalkan antibiotik...setelah habis antibiotik, demam belum ok..barulah ujian darah akan dibuat....

Dan kemuncaknya malam tadi...Pukul 10, aku nak bawak Iman dan Mira masuk tidur...ingat hari ni aku dah boleh ke sekolah...tgk demam kak long dah beransur pulih...Petang semalam, aku dah bayar yuran lawatan kak long....sebab hari ni sepatutnya kak long mengikuti lawatan tadikanya ke Balai Bomba...tup2 aku terdengar kak long merengek-rengek...dia ni memang manja sikit...kurasa badannya...Ya Allah, panasnya badan dia...Dia nampak macam menggigil menahan kesakitan...Aku segera memasukkan ubat ikut punggung...bimbang sawan...cukuplah Iman sorang yg kena...segera aku call abg yg ada keje kat sunway...abg bergegas pulang...Pukul 12 malam abg sampai...Aku terus membawa kak long ke hospital serdang...bimbang penyakit lain yg datang...abg pulak jaga rumah...sebab Mira dan Iman dah tidur....Aku sengaja mengoffer diri untuk bawak kak Long...sebab aku tau abg dah 3 malam tak ckp tidur...dan untuk menunggu lama di emergency..memang abg tak sanggup....

Sampai kat hospital dah dkt pukul 1230 malam...Ya Allah ramainya org kat bahagian emergency...Ramai yang batuk dan demam..sampai dkt tmpat emergency, pihak hospital pasang khemah....Nak daftar pun kena berbaris panjang...kak long dah bising2 kepalanya pening...aku segera carikan kerusi untuk dia duduk...Dalam hati, kalau aku taula ramai mcm ni, baik aku ke An-Nur...tapi dah sampai...dah lewat malam pulak tu...aku teruskan niat aku...

Setelah daftar...tunggu agak lama jugak, dalam pukul 115 pg..nama kak long dipanggil untuk ambik darah...dua kali jarum ditusuk di lengannya...kak long merengek kecil...sakit katanya...alahai sian anak aku...Dia ni jarang sakit, tapi kalau dah sakit...teruk...

setelah ambik darah, kami diarah ke ruangan menunggu untuk berjumpa dr...Ramainya org...dan hanya satu bilik dibuka...dekat pukul 2 barulah kak long dibawa berjumpa dr...badannya masih panas dan sekali lagi ubat bontot dimasukkan...rupanya ubat bontot yg abg beli kat cameron tu tak ckp dos untuk kak long...dia kena ikt berat badannya....Dr suruh kak long rehat kat katil skjp sampaila suhu badannya menurun....Alamatnya aku kena mc lagi la hari ni...

Pukul 3 pg...kak long dibenarkan pulang...sebab keputusan darahnya ok...tiada jangkitan....keadaan paru-parunya juga ok...Lega rasa hatiku...tapi kalau demam kak long belum kebah sampai jumaat...aku kena bawak dia ke hospital lagi...Mintak2la kak long segera sihat....

Wednesday, August 5, 2009

ALAHAI....RINDUUNYAAAA.......


Aku rindu gelak tawanya....Alamak...air luir meleleh la umi...

Aku rindu keletahnya....alamak..dah senget ni umi....


Aku rindu senyuman manisnya......


Aku rindu renungannya...dan hobinya yg suka berguling atas lantai...

Alhamdulillah...esok dah hari Khamis...Iman akan pulang ke pangkuanku...esok mak mertuaku akan datang ke Bandar Seri Putra kerana pada hari Jumaat, kami sekeluarga akan berangkat ke Cameron Highland...bercuti hujung minggu kat sana...Mesti meriah semua adik beradik suamiku akan turut serta....nanti aku update kemudian ek....

Perkembangan terbaru tentang Iman...Alhamdulillah...Iman ok dengan sesi rawatan yg dijalankan...dan umi berpesan agar kami meneruskan rawatan urut dan lelah Iman tu..maybe...cuti sekolah seminggu nanti, aku akan buat lagi rawatan tu...Moga ada perubahan...Macam kata Tok Busu...Kita hanya berusaha...yang menentukan semuanya adalah Allah.....

Monday, August 3, 2009

RINDU


Aduh... rasa nak berjurai air mata...selama ni baca coretan ibu uwais jer yg terpaksa tinggalkan uwais kat kampung untuk berurut...tak sangka aku pulak akan lalui perkara yg sama... meninggalkan iman di kampung suami adalah perkara di luar rancangan kami...

Hati diserbu rasa kosong dan sunyi...aku rindu senyuman manisnya..aku rindu rengekan manjanya...melihat buainya yg kosong, aku begitu sepi...alahai 3 malam jer..bukan lama pun tapi rasanya macam setahun....

Ahh...kuatlah hati, tabahlah hati..3 hari iman terpaksa kutinggalkan bersama umi dan abah, untuk meneruskan rawatan lelah Iman yg dah semakin teruk dan juga untuk berurut...Hari khamis Iman akan dihantar oleh Umi ke Bangi...Tak sabar menunggu hari itu....

Teringat sewaktu mula-mula membuat keputusan....aku mentah2 menolak bila tok busu yg boleh merawat Iman dgn berurut meminta aku meninggalkan Iman di bawah jagaan Umi...aku tak sanggup, cukuplah sekali iman pernah kutinggalkan di kampung kerana terpaksa berkursus..dia diserang sawan yg teruk...rasa nak putus nyawa bila mak telefon ckp Iman demam panas dan meminta aku segera pulang...Aku takut melaluinya sekali lagi...

Sebenarnya hujung minggu yg lepas, aku pulang ke kampung...kami balik pada malam sabtu...tidur semalam di keratong...rumah mak aku..pagi esoknya kami bergerak ke Pekan kerana ada kenduri kahwin sepupu suamiku...dari pekan kami bergerak ke Kuala Rompin pulang ke rumah mertuaku...Esoknya hari Ahad..nak buat acara putus ubat lelah Mira dan memulakan sesi rawatan buat Iman...dah lama umi usulkan, tapi kesibukan abang membuatkan kami tak de masa nak pulang ke kampung...

Pukul 10 pagi, aku mengikut umi membawa Mira dan Iman ke rumah tok busu...Di situlah Iman dipegang buat pertama kalinya oleh seorang tukang urut..sebenarnya dah lama aku mencari tukang urut kat bangi, tapi belum bertemu..dan untuk pertama kalinya tok busu memberitahu, urat kaki iman tegang..begitu juga tangan kanannya..dan kerna itu, Iman terpaksa di urut...begitu juga rawatan lelahnya perlu dilakukan selama 3 hari berturut2...Aku serba salah, aku mahukan yg terbaik buat Iman tapi dalam masa yg sama..aku sudah kehabisan cuti..yelah 7 hari setahun bukan banyak manapun...tolak jaga iman kat wad...iman demam lagi..

Umi memberikan nasihat..umi sanggp bawa Iman pergi berubat dengan syarat aku rela melepaskan Iman di bawah jagaannya...Ya Allah beratnya hati...tapi untuk menolak permintaan umi aku benar-benar tak sampai hati...bukan apa tak sanggup menyusahkan umi...

Balik berubat..umi meminta pandangan abang..abg dgn hati yg berat terpaksa membenarkan...

" Tak pela sayang...3 hari jer..bukan lama pun...lagi satu kita bukan sengaja...nak berubat..." pujuk abang...

Aku kehabisan kata..kutatap wajah Iman...betul ke tindakan yg umi ambik ni nak???....

Dan akhirnya..pada pukul 5 petang...kami berangkat pulang...Sayu melihat Iman di atas dukungan Umi...dia melihatku dgn pandangan sayu...mungkin hairan..kenapa agaknya dia tak dibawa bersama...nak menangis pun mungkin dia masih tak mengerti...tapi aku ibunya...mata berkaca...menahan tangis yg melebat di dada hati....

Baru jer tadi lepas call umi...lega hati..Umi cakap Iman ok...pg tadi dah berubat lelah...malam ni pulak akan berurut...mintak2la Iman tak apa-apa...Kalaulah cikgu senang nak cuti...mahu setahun aku ambik rasanya....

Dalam hati berbisik...maafkan umi, Iman!!!!! Umi nak Iman cepat sembuh...

Thursday, July 30, 2009

CHILDRITE SEATS

Bila lah agaknya iman merasa duduk kat atas kerusi ni???

Namanya childrite seats...tak der jual kat Malaysia...kena order dari UK...Design dan bentuknya lebih kurang macam Bumbo, tapi lebih besar...dia lebih kepada terapi tulang belakang....

He...he...setiap malam umi berangan nak beli untuk Iman....Senang sikit, tak payah umi angkut walker Iman ke dapur, ke bilik...

Sabar yer umi...sabarrrr.....

Monday, July 27, 2009

BERDIKARI

BERDIKARI???? Dalam makna perkataan tu...tapi ianya cukup bermakna bagi Iman...sesekali terfikir...entah bilala Iman dapat berdikari dalam ertikata yg sebenarnya....mampu mengurus diri dan buat apa yg mampu dibuat oleh orang lain....tapi siapalah aku nak menentukan semua itu...melihat Iman mampu berdiri di atas kakinya sendiri pun dah cukup bererti, walaupun dgn menggunakan alat bantuan...sekurang-kurangnya Iman merasa apa erti berdiri...

Inilah sebahagian sesi terapi Iman...kadang2 aku cuak jgk nak guna alat ini, aku takut ikatannnya tak kuat dan Iman boleh tersungkur...setakat ni tak delah lagi kemalangan mcm tu...mintak dijauhkan.



ronda-ronda ngan umi...abi tukang ambik gambar...



abi tangkap gambar iman yea?.....



e...eh...umi...berenti...lampu merah la...



jomla jalan-jalan lagi umi....


Pakar terapi Puan Hamidah kata, tulang belakang Iman tak der masalah...tapi kakinya masih ada spastic lagi...ibu jarinya kan mengerengkot kalau dia melaju ke depan...aku kena bykkan simulasi kat tapak kakinya...

Puan Hamidah juga sarankan kami carikan kasut yg boleh bagi full support pada kaki Iman...senang nak gunakan masa sesi terapi...kalau tak, kaki Iman kena bungkus ngan kain...agak kurang selesa...InsyaAllah umi akan usahakan...

Semoga anakku ini terus sihat dan beroleh kesihatan yg baik....Amiiin....

Sunday, July 26, 2009

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU


bestnyer tgk orang main......


post istimewa....taraa...


nak bermanja dgn abi....


bapak borek...anak rintik.....


Jalan-jalan hujung minggu...Saja bawak anak-anak beriadah di Tasik Titiwangsa..Actually masa ni hubby kena hantar barang ke HKL...tu yg masuk KL tu...Kalau tak malas jugak nak ke KL ni...

Sampai jer dah dkt pukul 4 petang..makan2 dulu kat gerai makan tepi tasik tu...oklah jugak makanannya...kami makan kuew tiaw goreng, anak-anak makan maggi goreng...

Siap makan..round2 tasik...yg paling seronok Miralah...dia bebas berlari ke sana ke mari....Kalau kat pasaraya payah sikit dia nak lari..asyik nak terlanggar orang....Kak Long pulak tukang kejar...Iman tumpang seronok....

Alahai anak-anakku...bahagia dengar mereka tertawa riang...tapi time bergaduh tu yg tak tahan tu...mulala mulut umi dia ni pot pet...pot pet...he...he...

Dalam pukul 530 kami bertolak ke rumah adik ipar di Gombak...nak makan nasi kukus Greenwood..sedap wooo....

Itulah xtvt kami..jalan-jalan hujung minggu.......

Saturday, July 25, 2009

IMAN DAN WALKERNYA


handsome tak saya?


tengah merenung masa depan....

Sbnarnya dah lama nak upload gambar Iman ni...baru ni berkesempatan...Alhamdulillah, Iman dah boleh duduk dgn postur yg agak baik di dalam walker...kalau tak kepalanya asyik ke belakang...tapi pergerakannya masih lagi menolak ke belakang dan ke tepi..dia tak pandai nak ke depan...kadang2 aku standkan walker ni...sbb walker ni ada stopper...aku ajar Iman berdiri dan duduk...Blh jugakla dia berdiri...tapi tak la lama...kalau lama..klonessnya datang...kloness tu kaki kanan dia bergetar...kadang-kadang dua belah kaki...

Waktu petang, aku suka letak dia dalam walker tu, pastu letak kat pintu...biar dia tgk kakak-kakak dia main basikal...dan kalau tgh rajin aku pakaikan dia kasut...dgn walker tu sekali aku angkat ke porch kete...Mulalah tersenyum lebar...Seronok kot...

Aku harap sangat Iman boleh bergerak ke hadapan pakai walker...sekurang-kurangnya dia tahu cara untuk melangkah.....tak pela la Iman..kita berlatih byak lagi yer....

Tuesday, July 21, 2009

BERKONGSI RASA


I`m sending u a special child to cherish in my name,
For u to love with all ur heart n teach her juz the same,


For he is not like other babies, nor will ever be,
But u can love her just the same n take care her 4 Me,


He may not hear. see or run or learn as other do,
but he'll be yours and he will take her guidance all from u,


The road is hard, he'll break ur heart,
You'll cry a million tears


But I promise when he smiles at you,
the pain will dissapear,


I know you'll cry "why he, why us" but I needed the teachers true,
And that is why we care and trust i've selected you,


so please don't turn ur back on her, although he may be slow,
if you'll accept her as he is, together u will grow,


she needs to learn the skills of life,
for that i've chosen u,
and with ur love to guide her
i'll know u see her through


don't try to see the future, i promise that to none,
just live each other all it's worth
and enjoy my special one



Hanya kepada yang mengerti....Hanya kepada yg sudi...Berkongsi rahsia hati...Kadang-kadang seribu rasa itu tak dapat diluah dengan kata-kata...Apa-apa yg berlaku ditelan jua...Pada hati berbisik...Damailah hati....Redhalah hati...Hidup ini bukan sekadar untuk dilalui...tetapi juga dinikmati dan dihayati....Moga ada hikmah yg tersembunyi....Percaturan dari Ilahi....

Buat ina dan qaseh...terima kasih kerna sudi berkongsi...Poem ini betul2 menyentuh hati ibu ini....



Monday, July 20, 2009

IMAN DAN TERAPINYA


Pagi ni aku bangun dgn mata yg kelat, Iman asyik merengek jer malam tadi..Aku masukkan dia dalam buai pukul 11 malam..Dia tido sekejap jer..pukul 12 dia start merengek..Tak tau knp...Bila aku ulik, tido balik..tapi sekejap jer...bila aku terlelap jer..dia menagis balik..Aduh..napa pulak la budak Iman ni...esok sekolah...nak kata dia batuk tak pun..Aku pun angkat dia dari buai..buatkan susu, tapi dia tak nak minum..aku tak rasa dia lapar sebab di makan mashed potato byk td...ke sakit perut..maklumla first time aku bg dia makan mashed potato yg aku buat sendiri, ikut resepi sue...tak sangka byk pulak dia makan, habis dua mangkuk...Aku bubuh minyak kat perut dia, gosok perlahan..Aku tak masukkan dalam buai, aku baringkan dia sebelah aku...tido sekejap, pastu bangun semula..merengek-rengek..Sampaila pagi keadaan mcm tu..Pendek kata, memang tidur tak lena...

Pagi ni, Iman ada sesi terapi di Hospital Serdang...Dalam hati tak taula Iman blh follow ke tak..Sebab umi dan abinya pun mengantuk...Tak pela..tawakkal...Mulanya aku ingat nak ke sekolah dulu, pastu abg ambik aku kat sek..tapi sebab dah tak ckp tidor, aku ambik keputusan utk terus ke hospital...

Sampai kat hospital lbh kurang pukul 845, dah lewat 15 minit untuk OCCT, nasib puan zurianti ok...Iman pun lagilah ok..Senyum lebar apabila puan Zurianti letakkan dia atas buaian yg mcm bantal peluk..dia letakkan Iman dalam posisi meniarap..pastu tolak perlahan...Iman pun siap pejam mata lagi..seronok kot org buai mcm tu...Puan zurianti menyarankan Iman dibuat splint pada tgn kanannya, sebab tgn kanannya mcm dah nak mengeras...aku setuju jer apa-apa untuk kebaikan iman...next oppoiment baru Iman dapat splint tu..hari ni tak sempat sebab aku sampai lewat...lepas sesi naik buai...Iman diletakkan atas bola yg besar pulak, dia diayak ke kiri dan kanan...bukan main seronok lagi dia, siap gelak besar lagi...hai iman, tak mengantuk ker?

Siap kat OCCT, kami ker bhgn fisio pulak..kat situ Iman dikendalikan oleh Puan Hamidah...memang Iman seronok sgt..dia senyum2 jer kat puan hamidah...sebenarnya dah lama kami tak berjumpa dgn Puan hamidah sebab Iman selalu dtg terapi petang...Puan Hamidah nilah pakar terapi Iman yg pertama sejak dia umur 4 bulan...kami pun bertukar maklumat pasal perkembangan Iman..dan Iman menunjukkan kebolehannya duduk tanpa bantuan..tapi tak lama la...Alhamdulillah...Puan Hamidah menyarankan aku bykkan lagi latihan supaya bukakan kaki Iman...sebab kakinya dah byk bersilang...bimbang tulang punggungnya akan teralih...takut jugak mendengarnya..dia menyarankan aku beli basikal mainan yg kecik..biar iman blh mengangkang lama atas basikal tu...

Lepas sesi bola kacang..iman diletakkan atas walker berdiri pulak..bukan main seronok lagi dia...abinya bawak pusing jalan-jalan..sebenarnya dah byk kali Iman buat terapi ni...dan Alhamdulillah setiap kali terapi dia memberikan kerjasama yg baik...Pukul 10.30 sesi terapinya tamat..dia pun dah menguap byk kali...mengantuk agaknya...

Dalam perjalanan balik...Iman terus tidor...Alahai sian anak umi...penat yer....

Sempat gak seluk mulut iman..rasa gusinya..rupanya gigi gerahamnya dah nak keluar..patutla merengek sakan malam tadi...Hari ni nak g beli ORREGEL, ubat tu bagus utk kurangkan kesakitan tumbuh gigi...

Semoga Iman akan terus menunjukkan kemajuan...Itulah doaku siang dan malam...Amiinnn...

Sunday, July 19, 2009

REKREASI MALAM



Wah..ramainya orang!!! Detikku di dalam hati...

Malam tadi kami bawak anak jalan-jalan di dataran Masjid Putrajaya..Penuh org..siap piknik makan malam lagi..Ada berbagai-bagai aktiviti..Tapi yg byknya parent yg bawak anak-anak..Ada yg main bola, main badminton, main kereta control..Anak-anak yg main basikal..baby yg dlm walker pun ada..Dah tu bukan satu kaum jer ada..berbagai-bagai kaum..termasukla pak-pak arab..

Kak long sampai jer..cptla abi turunkan basikal..bukan main excited lagi dia..Mira pulak bersama basikal keciknya..sekjp je di naik...slbhnya dia suka berlari-lari anak sambil heret basikal..comel sungguh..iman pulak terlentik2 dalam strollernya..tumpang seronok...Sesekali jatuh perasan belas terhadap iman..nalurinya begitu kuat untuk bermain..tetapi dia tak berdaya..hati sering terfikir, andai Iman sihat agaknya..mesti jenuh aku dan abg mengejar dia..Alahai puteraku..sabar yer sayang..Umi dan abi akan sentiasa menunggu hari itu...

Di satu sudut terdapat sekelompok jurugambar sedang merakamkan bagunan Pejabat Perdana Menteri..apatah namanya, aku pun lupa...Barulah abg teringat kamera DSLR nya...aku pulak hp tinggal dalam kereta...emm..tak dpt tangkap gambarla, kalau tak blh tepek dlm blog...

Sebenarnya sewaktu duduk di sg. merab kami selalu dtg ke sini..Masa anis kecik lg, kami sering bawak basikal dia untuk main2 kat sini...Aku pulak duduk kat tepi air pancut tgk abg main kejar2 dgn anak2nya...Tapi sekarang dah jarang..rumah kami dah jauh dgn putrajaya..dulu tak sampai sepuluh minit..sekarang hampir stgh jam...Cepatnya masa berlalu..sekarang aku dah beranak tiga..tempat ni byk meninggalkan kenangan buat aku...

Jam dah pukul sepuluh setengah malam..dah lewat, aku mengajak abg pulang...Kak long dgn Mira merengek minta dtg lagi..tapi abi tak dapat janji sbb esk abi kerja lagi...

Itulah aktiviti kami minggu ni..Tiap2 minggu kalau blh nak bawak anak jalan-jalan...



Wednesday, July 15, 2009

PINDAH

PINDAH???

Pindah apa? Pindah rumah?? Ohhh..tidak..Setakat ni dah 7 kali kami pindah rumah..byk kali kan..Sampai family aku kata..dahla pindah..letih nak mengemas barang...InsyaAllah mak..lepas ni kami tak pindah dah..sbb kami dah ada rumah sendiri..he..he..

Sbnrnya bukan nak citer pasal pindah rumah..tu dalam ilmu pendidikan dipanggil set induksi...Sbnarnya nak citer pasal permohonan aku untuk pindah sekolah...

Semalam dapat satu panggilan dari teman baik..

" Kak nani..dah ramai jQAF yg buat rayuan kat sek baru tu..g jumpa dgn GB dia..Baik kak Nani g cepat..takut dah penuh..."

" Alamak..yer ke Muid..Tak boleh jadi ni..kena guna cara dalam ni..kena pandai melobi la pulak..Ingatkan nak tggu jer bulan 9 nanti, isi borang semula..."

" tula..saya dgr citer..jQAf nak on bila2 masa jer kat sek baru tu..murid seribu lbh..guru jQAF ada lima org jer..tak cukup.."

" Tak per Muid..thanks atas info..esk kak nanie g jumpa GB tu..Hari-hari lalu dpn sekolah tu sambil berangan bilala aku blh pindah sek ni.."

Ptg tadi....tpt pkl 3, aku bersama seorang kawan yg juga mempunyai matlamat yg sama..dah terpacak kat pintu pagar sek baru tu..he..he..nak jumpa GB baru...Sek tu, 3 minit je dari rumah aku..

Smpai kat pejabat..aku terus meminta izin untuk berjumpa GB..Kerani tu mcm garang jer..hati takut gak..Ada ker org nak mintak tkr buat mcm kami ni..Dalam hati berkira-kira, ayat apalah nak ckp kat GB tu nanti...

Tgh dok fikir2 tu, kami dipanggil masuk..Cerita sikit latar belakang masing2..napa kami nak pindah..GB tu pun cakap...

" Sebenarnya saya tak de kuasa..yg berkuasa PPD..tapi sek saya memang kritikal guru JQAF..jadi saya mengalu-alukan sgt sesiapa yg nak berpindah ke sini..."

" Amiinnn.."

Hati berbunga harapan..Di tangan tergenggam kemas surat dari DR pakar Iman..Semua ni kulakukan demi Iman..Memudahkan aku membuat tindakan andai apa-apa terjadi kepada Iman..Perkara yg paling aku takut ialah sawan iman menyerang..dan sekolahku jauh dari rumah..

Kami segera ke PPD Hulu Langat..berjumpa pegawai yg berkenaan...Alhamdulillah, kami dilayan dgn baik dan diberi sedikit harapan..dan terkejut aku dgr angka bukan sedikit guru jQAF yg memohon, hampir 20 orang..Ya ALLAH, moga Allah permudahkan urusanku demi Iman...

Kami diminta mengisi borang tukar seperti biasa..dan terus hantar ke PPD, Jika keputusan mengatakan sek baru tu akan ON jQAF serta merta , peluang untukku berpindah akan terbuka luas...Yg penting sekarang..completekan borang...

Sbnarnya aku dah memohon pertukaran semenjak bulan 4 lg untuk pindah pada bulan Jun..tapi malangnya sek baru tu tunda pembukaannya pada hujung bulan..jadi tak dapatla aku tukar dgn alasan sek tak jadi bukak..Permohonan biasa pada bulan 9 untuk kemasukan bulan satu..Jadi apa yg aku nak buat ni luar dari kebiasaan..Moga dibukakan jalan..dan moga terbuka hati GB nak lepaskan aku pergi...Yelah ni bukan pertukaran biasa, mesti byk soal jawabnya...

Dalam hati..dapatlah pindah..cepat pindah..lagi bagus..senang sikit, aku nak ulang alik ke hospital untuk terapi Iman...

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI PUTRA..Tungggguuuu.......

Saturday, July 11, 2009

IMAN DAN NABULIZER


Salam semua..Maaf dah lama tak update..Dah dkt 2 minggu Iman tak berapa sht..Batuknya tak baik2..dan dah dkt 2 mggu berturut-turut kena g ambik nab..Sampai dr kat klinik swasta blkg rmh tu pun dah kenal aku dan Iman..dan dia menyarankan aku membeli sendiri mesin nabulizer untuk kegunaan kat rmh..Mesin portable..kecik jer..lebih kurang mcm gambar kat sebelah..Aku dah survey gak harga dia..paling murah RM2 ratus dan paling mahal seribu lbh...kat farmasi ada jual..

Tapi mak mertuaku pula bagi saranan lain, dia mencadangkan aku beli melalui hospital, lagi murah katanya..blh dapat separuh harga..apatah lagi untuk baby OKU mcm Iman...Termenung skjp..ikutkan hati nak jer beli terus kat farmasi..senang..kalau melalui hospital mesti byk urusan birokrasinya..tapi sebab mak mertua janji nak sponsor..jadi kenala ikut cadangan dia kan..Oppoiment Iman lambat lagi..bulan 8 baru ada..jadi aku kenalah tanya adik kawan aku..Dia Mo kat hospital serdang, bhgn Pediatrik...

Apa pendapat kawan-kawan blogger yg lain..tau tak kat mana farmasi yg jual lebih murah...

Aku harap sgt kalau dapatla beli mesin nabulizer tu..lelah Iman akan dapat dikawal..Dia pakai aerochamber tapi tak berapa jalan..Waktu malam mesti dia akan batuk teruk, sampai merah muka..kadang2 sampai berair mata..dah dkt 2 botol bagi ubat kahak, tapi tak reda juga..Malam Jumaat baru ni paling teruk..Dia start batuk pkl 130 pagi, berlarutan sampai pkl 4 pagi..Mcm2 cara aku buat..sampai terpaksa tutup kipas..lumur dada dia dgn vicks barulah nampak ok skt...Akibatnya aku pulak yg nak demam, kepala sakit..tak ckp tidur..nak drive g sekolah pun tak larat..Jadi terpaksalah aku ambik mc...

Aku juga ada gunakan ubat homeopati mcm madu amazing DCL, tapi aku kena berenti bagi madu tu kalau bagi ubat klinik..jadi pemberian madu tu tak konsisten...

Berat badannya juga makin teruk..memang kalau bdk2 asma ni payah nak naik berat badan..Mira dulu pun sama..Berenti aerochamber barulah berat badannya naik mendadak...Iman dah umur 1 tahun 8 bulan, tapi beratnya baru mencecah 7 kg..kalau kat kad klinik tu dah masuk line merah..kurang zat makanan teruk..alahai siannya anak aku..tapi misi kat klinik tak lah marah..dia kata budak2 mcm iman ni normal berat mcm tu..tmbahan lagi iman ni ada asma..lagilah menyumbang kepada penurunan berat badan dia...

Lagi satu iman memang ada masalah makan bubur..dia hanya nak makan nestum..cuma akhir2 ni jer pengasuh dia kata dia nak makan bubur nasi, tapi dalam kuantiti yg sedikit..kat rmh pun aku buat tapi hanya beberapa sudu jer dia makan,pastu dia akan muntah..risau betul..kalau nestum laju pulak..

Dalam hati risau dan fikir nak buat sesutu untuk Iman..Jumpa pakar pemakanan pun sudah, dr tu sarankan beli makanan tambahan..namanya POLYCOSE..kat guardian Alamanda jer ada jual..kat Farmasi Bangi ni tak der..kena order...Tapi dah dkt 6 tin aku guna..berat badan Iman tak juga bertambah..Dalam hati cadang nak beli susu Pediasure esk..mahal pun mahallah..yg penting berat badan Iman naik...Iman ni suka tgk org makan..tapi kalau nak suap dalam mulut dia bukan main payah..dia akan tutup mulut sampai kita kena jolok untuk isi makanan..Tapi kalau yg manis2..cepat jer dia nganga mulut dia...

Itulah serba sedikit kisah Iman utk minggu ni..Aku harap benar Iman cepat sembuh...dan selera makannya akan bertambah..Yelah Ibu mana yg tak risau...


Saturday, July 4, 2009

MAAFKAN UMI....


Semalam hari yg betul2 mendebarkan aku..Aku bangun agak lewat sbb malamnya Iman tak tidur..pukul 530 pagi baru dia tidur lena..Dia menangis sepanjang malam..batuknya menyerang..lepas batuk..dia muntah..jadi terpaksalah aku gunakan aerochamber tu selang 4 jam..Abg pulak tak der..Outstation ke Perak..memang menguji kesabaran betul..Mata mengantuk, tapi Iman pulak tak nak tidur..Mira pulak tumpang mengamuk sama..Bising katanya..yelah Iman asyik menangis jer..Last2 aku tidurkan Iman sambil duduk...Barulah kurang skt dia menangis..

Pagi esknya..mak mertuaku ajak aku ke gombak, rumah adik iparku..aku menolak..dlm keadaan Iman batuk2 mcm ni..tak selesa nak berjalan..Jadi mak mertuaku hanya bawak Anis dan Mira..Pkl 11, aku tidurkan Iman semula slps balik dari klinik utuk ambik Nabulizer..barulah lelah dia nampak ok skt..

Aku trn ke bawah nak kemas dapur..Tiba2 aku terdengar satu dentuman yg kuat kat atas..Pintu tertutup agaknya..sebab pintu bilikku memang selalu tertutup sendiri bila angin kuat..maklumla rumah kami mengadap bukit, jadi angin memang kuat..Aku segera naik ke tingkat atas..Kupulas tombol bilik..tak boleh..Ya Allah pintu terkunci..Iman ada di dalam, sedang tidur di dalam buai..Aku panik...Segera aku teringatkan kunci bilik yg abg ltk kat stor..Aku cuba bukak pintu tu dgn semua kunci yg ada, tak boleh..Ya Allah..mana satu kunci ni..nak call abg pun tak boleh, hp tinggal atas katil...Dalam hati, tombol pintu ni rosak agaknya..sebab tu tak boleh bukak..Ya Allah..hatiku berdebar..Badanku menggigil..berdoa janganla Iman sedar dan menangis..Ya Allah peliharalah anakku..Aku cuba sekali lagi gunakan kunci tersebut..masih tak boleh..Dalam hati nekad, aku mesti dapatkan bantuan sebelum Iman terjaga..Aku berlari ke rumah sblh, jiranku chinese..Alamak tak der org pulak..keluar agaknya...

Aku nekad nak panggil tkg kunci mungkin kedai hardware blkg ada tukangnya..tapi dlm masa yg sama hati cuak nak tiggaklan Iman sorang..Hati mengutuk diri..kenapala aku cuai sangat..kenapala aku tak sendal pintu bilik tu..dan aku tak tau pun pintu bilik tu rosak...Aku naik ke atas, dgn lafaz Bismillah aku cuba lagi gunakan kunci yg ada..dan ALHAMDULILLAH..satu kunci tu boleh digunakan..aku pelik..padahal kunci tu dah berulang kali aku guna tapi tak boleh...

Ya Allah..apa petunjuk yg kau nak tunjukkan ini Ya Allah..Ampunkan aku ya Allah..Ampunkan aku..Aku menyesal..mungkin Allah nak aku merasa kehilangan Iman buat seketika sbb kadang2 aku juga ada merungut apabila terpaksa berjaga malam di kala iman tak sihat dan kejadian ini menyedarkan aku..aku tak sanggup kehilangan iman hatta berjauhan dgn Iman walau sekejap pun..

Aku masuk bilik..Iman segera kuangkat dan kupeluk...

"Maafkan umi, Iman..maafkan umi..."...Iman hanya tersenyum..dia tidur lena..tak sedar pun yg sebenarnya dia dah terkunci hampir setengah jam....

Thursday, July 2, 2009

MIRA DI PEDIATRIK


Emm..dah lama tak update..minggu ni busy skt..byk program kat sekolah..

Entri kali ni nak citer pasal mira..Smlam..aku bawak Mira g hospital serdang..Mira ada oppoimen dgn dr pakar kanak-kanak..berkaitan masalah lelahnya..

Sebenarnya, serangan asma mira dah tak de..tapi ekzemanya makin teruk..tambahan lagi skrg ni musim el-nino..lagilah parah keadaan kulit Mira..badannya akan naik ruam pasir..kat muka pun ada..kalau berpeluh, mulalah dia tergaru-garu..sian tgk...

Berbalik citer smlm..memandangkan aku malas nak ambik CRK( Cuti Rehat Khas) aku yg tinggal 3 hari je tu..aku terpaksalah bawak Mira ke sek dahulu..untuk sign kehadiran..so kat spital nanti, aku mintak time sleep jer ngan dr..kalau iktkan time sleep tu laku 2 jam..tapi dah org ramai..manalah ckp 2 jam, setiap kali bg kat kerani, aku wat tak tau jer..he..he..abg pulak turn bawak Iman ke terapi esk..

Pkl 630 aku dah kejut mira..minah ni memang liat skit bgn pagi, kul 645 aku tak der pilihan..aku terpaksa angkat Mira dan lap badan dia skt..apalagi meraungla..sian gak, tapi nak buat camna..kalau tak aku akan lewat ke sek..Nak pakai baju pun bkn main susah, last2 nmpk ferrero rocher abinya..sbnrnya utk aku..abg memang suka belikan..terus bagi kat Mira..serta merta diam..hantu coklat betul, mcm uminya...Kul 710, aku keluar rmh..alamak jalan dah jem..Mira la ni..Sampai sek, kelam kabut isi borang keluar kat pejabat..Mira aku ltk kat sofa..nasib tak melalak..kawan2 aku usik pun siap buat muka sombong..sampai GPK HEM sek aku tegur.."Anak nani yg ni tak mesra alam ek..tak macam kakak dia.."..emm, memang btl pun..mira kalau dtg angin dia, salam dgn org pun tak nak..apalagi yg dia tak kenal...Lain dgn Anis, org tak kenal pun..ramah semacam..biasalah anak lain2...

Kul 750 aku bergerak ke hospital..Parking dah penuh..Alamak, jauh pulakla nak menapak..nasib bwak stroller Iman, Mira ni kalau bad mood..dia tak nak jalan..dia akan buat lembik lutut, terpaksalah kita dukung..berat tu..12 kilo..mana larat...

Masuk je dalam klinik pakar kanak2, masa tu dah 815..alamak ramainya orang..biasanya takla ramai mcm ni..dan Mira dpt no 24..biasanya dpt no belas2..Alahai..tak sempat balik ke sek la jawabya..Kul 845 no pertama baru jalan..Jenuhla menunggu..Mira pulak sebok nak main..terpaksalah melayan..tapi berebut2la skt..sebab bdk ramai..klinik pakar tu dah jadi mcm playground..tapi aku tgk misi tu ok jer..dah biasa agaknya...

Kul 1100 barulah nama mira dipanggil masuk..masa tu dia dah badmood, ngantuk dan dah pnt main..dr nak cek dada pun dah tak nak bg kerjasama..aku pun mintakla kat dr..dah tak nak sambung oppoimen, sebab mira dah ok..dah tak der serangan slps berenti gunakan aerochamber bln 2 hari tu..bkn apa, oppoimen Iman pun dah byk..anis dgn terapi matanya..byk sgt..bising GB kat sek aku..sbb oppoimen tu semua pagi..terapi Iman tak pela,sebelah petang..Jawapannya negatif, Mira akan terus dipantau selagi ekzemanya blum baik...oppoimen seterusnya bln 9..oklah dr..kalau itu yg terbaik...

Siap jumpa dr..Mira terus mengamuk..nak balik katanya..sedangkan aku kena ke farmasi nak ambik ubat ekzemanya..apalagi meraungla dia..habis semua org kat farmasi tu tgk aku..anak sapalah mengamuk pulak ni..mcm2 aku pujuk sementara tggu ubat..semua tak nak..bg botol susu pun dibalingnya..hii..sabar betul...

Dapat ubat terus bergegas ke kereta..masuk jer dalam kereta..terus tidur..Laa..mengantuk rupanya..Jam kul 1215..time sleep aku sampai kul12..kalau balik sek..mesti mira mengamuk lagi..lgpun bdk baik kul 1230, aku ambik keputusan utk blk rmh terus..takut jgk sbb biasanya abg yg bawak lalu highway..tapi mengenangkan Mira aku nekad..First time aku bawak ikut highway PLUS dari tol kajang ke rumah aku di Bandar seri putra..cuak gak..lori dgn bas yg besar2 tu potong aku..padahal aku bawak lajula jugak 8okm/1h..sampai rmh mira terus tido..

Itulah pengalaman aku bawa Mira ke pediatrik..call abg..lepas ni abgla bawak pulak yer..tak sanggup..aku ckp tak sabar kalau anak mengamuk..abg ok skt..dia pandai pujuk...

Mira..Mira..Penat Umi tau....


Sunday, June 28, 2009

Alahai Puteriku...

Alahai puteri-puteriku...sekali tgk comel pulak gambar diaorng duk atas pelamin ni ( he..he..puji anak sendiri..)..Gambar ni diambil pakai handset, masa perkahwinan sepupuku pada cuti sek yg lalu.

Tgkla muka mira tu, dia sbnarnya tak suka dipeluk, sbb tula mukanya menyeringai masa aku suruh kak long peluk dia...dia bukan suka kalau org suka bermesra-mesra..

Diaorng ni kalau baik, ok jer..tapi kalau start bergaduh aku yg pening..Main pun tak boleh lama-lama, kak long suka bagi arahan..mira pulak tak suka ikut arahan..kak long pun hotla..pastu mulalah aksi cubit mencubit..aksi tarik rambut..tumbuk menumbuk..pastu menangis..Biasanya kak longla menangis..sakit kena pukul dgn Mira..Masa tu terpaksalah uminya masuk campur..sorang kena naik atas sorang tinggal kat bawah..Nak tidur pun sama..memanglah aku letakkan mereka satu bilik..tapi kak long kena tidur dulu..kalau tak diaorang akan main dan mulalah bergaduh....

Time jaga Iman pun sama, kalau kak long ayun Iman dalam buai...Mira pun nak buai Iman juga..Pastu berebut..hii..geram betul...Tapi time nak lap air liur Iman dua2nya tak nak..geli ...kata mereka...

Tapi satu perkara jer yg ok..time tgk tv..diaorang akan sama-sama pilih channel mana yg diaorng nak tgk, sama ada Disney ke, PHDC ke atau Ceria..Pastu sama-sama sharing makanan..tu yg sweet tu...

Alahai..itulah ragam puteri-puteriku...

Thursday, June 25, 2009

KITA SERUPA...


Inilah gambar Iman dan kak long yg tgh ditutup matanya..kalau istilah opthamology..patching..

Patching kena selalu dibuat utk melatih kak long dan Iman gunakan sblh mata..kak long cuma perlu ditutup mata kirinya..supaya dia belajar menggunakan mata kanannya..Iman pulak kena gilir tutup kiri dan kanan..sebab dua-dua belah mata iman rabun...

Iman relax jer setiap kali tutup mata dia..mcm tak de apa-apa..tak pandai mengadu lg kot..tapi kalau kak long..dia bising..tak nampak katanya..tak selesalah..mcm2 alasan..memang kesian..tapi aku keraskan hati..aku kena bertegas utk kebaikannya jgk..bkn lama sgt pun 2 jam je...

Bukan tak pernah cuba, ubat alternatif mcm permata hijrah ke..tp kesian tgk bila dia mengadu sakit..pedih katanya...lepas tu setiap kali nak isi punyalah payah..kena marah dulu baru blh isi ubat..lastnya ubat byk keluar dari masuk..Iman aku tak pernah cuba..

Itulah anak2 ku...yg serupa..sesekali kelakar gak tgk mereka..mcm lanun pulak..he..he...

Wednesday, June 24, 2009

GO! GO! IMAN...

video

Inilah video Iman menjulur ke hadapan..Sbnrnya dia sdg menuju ke bilik air..pantang terleka skt..dia akan menjulur ke bilik air..ntah apa yg suka sgt kat bilik air tak taula..Kalau kat ruang tamu pulak..dia akan menjulur ke pintu depan..skjp je sampai..lagi cpt kalau kakak2 dia tgh main basikal kat luar..nak main kat luar agaknya..

Alhamdulillah sgt2..tak sbr tgk dia merangkak pulak..cuma tgn kanannya masih belum kuat..byk simpan..kena buat lebih stimulate..Semoga mimpi2 indah untuk melihat Iman normal bakal menjadi kenyataan..Ramai yg berikan semangat..InsyaAllah kata-kata semangat yg dibekalkan mampu membuatkan aku terus tabah..

Sunday, June 21, 2009

TIDURLAH SAYANG....

Terlena setelah penat bergolek dan menjulur...

Moga lena Iman tidak terus terganggu..

Tersentuh hati melihat iman tidur di tilam..Dulu anak ini payah benar lenanya..Semasa dalam pantang..dia langsung tak mahu tidur..Bergilir2 la aku dan abg menjaganya..dia akan merengek dan menangis..

Bermacam-macam cara kami lakukan..Kami membeli tape ayat Al-quran dan radio kecik utk diletakkan di hujung kepala Iman..supaya dia boleh lena dgn alunan ayat Al-Quran..tapi adakala cara itu tidak berkesan..Last sekali kerana tak tahan berjaga malam..kami akhirnya membawa Iman ke Darussyifa'..Kata Ustaz tu Iman ni lemah semangat..Diberi air jampi utk menguatkan semangatnya..Tapi keadaan tidak banyak berubah..Akhirnya kami masukkan Iman ke dalam buai..dan kami terpaksa menghayunnya saban malam..jika berhenti ayun, Iman akan menangis..Last2, kami terpaksa beli mesin buai eletrik..Barulah masalah tidur Iman dapat diselesaikan..Dia boleh tidur lena juga..tapi kadang2 dia akan terjaga juga..nak minum susu.

Tapi masalah lain pula yg timbul..Bimbang dgn ayunan yg hampir 8 jam..eletrik lagi..bukan apa takut kami tak sedar..apa-apa berlaku kat Iman..kami cuba mengangkat Iman tidur di atas katil..badan Iman akan mengerengkot kekejangan..tidurnya terganggu..skjp2 dia akan tersentak dan terus mengerengkot..kata org tua mcm gayat..akhirnya dia akan menangis..Rupanya itulah serangan sawan Iman yg langsung kami tak ketahui...Masa tu Iman blm disahkan microchepaly lagi...

Hampir setahun lebih..Iman tak boleh tidur di atas katil mahupun di atas tilam..Jadi untuk ke mana2 terpaksalah kami mengusung buaian automatiknya...supaya tidak terganggu lenanya..Pernah suatu ketika, Iman dimasukkan ke wad akibat sawan, dia langsung tak boleh tidur..jadi terpaksalah aku meribanya sepanjang malam..kalau dah lenguh..aku masukkan dia dlm stroller dan ayunkan perlahan..barulah dia terlena..itupun tak lama..dia akan tersentak dan menangis..Seksa betul rasanya...

Cuma dalam 3 bulan lepas..Iman menunjukkan perubahan positif..secara tak sengaja Iman tertidur di atas tilam, tempatnya bermain..Satu perkembangan yg positif..Sawannya tak menyerang..Tapi dia tak boleh terperanjat..kalau tak dia akan terkejut dan mengeras...

Alhamdulillah..seribu kesyukuran aku panjatkan...Moga perubahan Iman akan terus positif..Kami juga dah boleh mengangkatnya tidur di atas katil..tapi tak lama..dalam 3 atau 4 jam..lepas tu dia akan sedar dan merengek...Tak pelah Iman..pelan-pelan..Itu menunjukkan perkembangan otaknya positif kata dr..Walaupun lambat kerana struktur kepalanya kecik..dan jaringan sarafnya yg terhad...sekurang2nya ianya masih berkembang..jgn mengecut..apabila mengecut semua kebolehan yg Iman ada sekarang akan hilang...Ya Allah..jauhkanlah..Aku takut aku tak mampu menghadapinya...



IMAN BERWAJAH BARU


Sesekali terukir senyum di bibir melihat rambut Iman..Baru semalam rasanya mengelus rambut Iman yg panjang dan lembut tu..Hari ni..rambut Iman dah botak..Kena sodok dgn mamak..

Ceritanya begini..aku selalu bising kat abg pasal rambut Iman..Aku ckp rambut Iman ni dah mcm perempuan..dah boleh ikat..aku nak mintak tlg abg pegangkan Iman waktu aku kerat rambut dia..kalau aku sorang memang tak tergunting..Iman akan lentokkan kepalanya dan mengikut saja arah gunting..Huish susah..bahaya pun ada..nak gi cheeky monkey tu jauh sgt pulak..Last2 abg bg idea..abg nak gunting rambut ni..apakata bawak iman sekali..kotla mamak tu boleh potong..

Aku mulanya agak keberatan..tapi akhirnya bersetuju..ok..tapi papas jr tau..takutla nak botak..nak guna penyodok tu tajam..abg senyum je..

Akhirnya sampaila kami ke kedai mamak satu keluarga..abg terus bertanya ttg iman..

Boley..boley..kata mamak tu..
Mcm mawi yer..ok..ok..duduk--duduk..

Dlm masa yg sama abg pun tgh gunting rambut..jadi terpaksala aku duduk memegang Iman..Habis dgn aku sekali mamak tu balut..Iman pun diam jer..

Bila aku tgk penyodok tu..eh..tak tajam rupanya..bentuk matanya mcm sikat...oklah mawi pun mawilah...biar Iman tumbuh rambut baru yg lebih cantik..

Dan inilah hasilnya...wajah Iman berubah terus..barulah nampak mcm jantan..he..he..handsome tak saya umi?....






IMAN DAN AEROCHAMBER

Dah dkt seminggu, batuk iman masih tak baik2 lagi...risau gak..Jadi terpaksalah gunakan aerochamber dan asthalinnya selang 4 jam..kalau boleh nak elakkan bagi ubat batuk..dr paed ckp ubat batuk tak elok bagi kerap sgt utk budak2 mcm Iman..tak elok utk perkembangan otaknya..


Inilah aerochamber yg Iman gunakan..dan ubat berwarna coklat tu perlu digunakan 2 kali sehari, sebanyak 2 puff pagi dan malam..sementara yg putih tu pulak apabila Iman kena serangan batuk..kalau teruk Iman perlu mengambil 2 puff utk setiap 4 jam..kalau teruk lagi asmanya Iman perlu di bawa ke klinik swasta utuk diberi nabulizer..ckp tiga kali nabulizer juga masih belum ok..Iman perlu direfer ke hospital..Dan akan diadmit ke wad untuk nabulizer yg lebih kerap..sampaila paru-parunya clear..setelah clear barulah Iman boleh discaj..Iman akan dibekalkan ubat utk kuatkan paru-parunya...

Sebenarnya aku cukup risau kalau Iman diserang batuk..bimbang kena masuk wad..Bukannnya apa..bila di wad..Iman tak selesa..Waktu tidurnya terganggu..kerana Iman tak mau tidur atas katil..dan dia akan merengek..Kesian aku tgk..Bibirnya pula akan kering kerana terlalu kerap mengambil nabulizer..Itulah yg seboleh2nya ingin kuelakkan..

Aku sering berdoa..lelah Iman akan dapat dikawal..Dan dia dapat bergerak cerdas mcm kanak-kanak normal yg lain..Amiinn...

Monday, June 15, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA

Alhamdulillah..kami sekeluarga telah selamat kembali ke rumah semalam..setelah selama seminggu berada di kampung..banyak peristiwa yg berlaku..terutamanya pertunangan adikku..linda..sebenarnya dia nilah pengasuh pertama iman..dari Iman lepas pantang sampaila Iman 8 bulan..Now dia kerja kat kuantan..tengokla gambar2 Iman dgn dia ni..bukan main suka lagi duk kat atas mak teh..




dan ini pula gambar perkahwinan sepupuku..


Itulah aktiviti kami selama seminggu di kampung..seronok bila semua adik-beradikku yg seramai 8 orang tu berkumpul..rasa mcm raya pulak...

Tuesday, June 2, 2009

HATI TERSENTUH



Hampir sejam melayari blog Fajar Seluas Angkasa, kepunyaan abg Fajaril..

Ada rasa sebak yg berkumpul, ada rasa sayu yang menerpa..tanpa sedar air mata mengalir laju..

Ya Allah..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..Tabahnya hati mereka menghadapi satu kehilangan..kehilangan yg abadi..Perginya Amir Yusuf, dlm tenang..meninggalkan seribu memori. Membaca bait demi bait, luahan abg fajaril..cukup syahdu..ada rasa yg terlalu payah dimengertikan..

Mata beralih melihat Iman yg begitu lena dibuai mimpi di dalam buai..melihat mira yg begitu lena memeluk bantal busuknya...Kelahiran keduanya juga melalui pelbagai rintangan, Mira hampir pergi sewaktu di dalam kandungan..Iman pula, pernah dikatakan mempunyai masalah jantung..Walaupun sekadr andaian..ianya ckp meruntun jiwa...Kalaulah spt abg Fajaril..benar2 kenyataan..Tak taulah sama ada aku mampu menghadapinya atau tidak...

Barulah aku faham, mengapa seorng rakan seperjuangan yg pernah juga kehilangan anak..akan berderai air mata setiap kali bertanyakan kisah Iman..sudi bertandang melihat Iman sewaktu Iman baru keluar wad..memeluk Iman dgn air mata berkaca..Ya..baru aku faham erti kerinduan dan kehilangan.. Peritnya untuk diluahkan..

Dan..dalam hati berbisik..Walaupun Iman dilahirkan serba kekurangan, hidup dalam serba keterbatasan..sekurang2nya dia masih bernyawa dan aku bebas memeluknya, bergurau senda dengannya..dan satu rasa yg harus kuungkapkan..AKU BERSYUKUR YA ALLAH........AKU BERSYUKUR........

Sunday, May 31, 2009

2 HARI ISTIMEWA

Hari ni, tepat jam 12 malam, maka genaplah umur suamiku yg tersayang 32 tahun..dan malam ini juga genaplah usia perkahwinan kami berusia 7 tahun..

Abang..
maafkan sayang andai tiada apa yg istimewa di hari bahagia buat abg ini..

Kesibukan kita di akhir2 ini, membataskan kita untuk berkomunikasi..
Namun, kesibukan itu bukanlah alasan utk syg tidak mengingati hari istimewa ini..

Di layar bisu ini..ingin sayang ucapkan.


SELAMAT HARI LAHIR
SEMOGA HIDUP ABANG AKAN TERUS DILIMPAHI RAHMAT
DAN DAPAT MENCAPAI SEGALA IMPIAN KITA SELAMA INI

DAN SEMOGA MAHLIGAI YG KITA BINA INI
AKAN TERUS BERTAHAN
WALAUPUN RIBUT TAUFAN YANG MELANDA

WALAUPUN HATI INI KADANG2 BERTANYA
MAMPUKAH SAYANG MELAKAR PELANGI INDAH DI DADA LANGIT
MAMPUKAH SAYANG REDAH SERIBU ONAK DAN DURI

HANYA KERNA

UNTUK TERUS MENJADI ISTERI YG TERBAIK BUATMU..
MENJADI IBU YG TERBAIK BUAT ANAK-ANAKMU..
MENJADI MENANTU YG TERBAIK BUAT KELUARGAMU..

NAMUN..SAYANG YAKIN
ONAK DAN DURI..
RIBUT DAN BADAI..
SEMUA ITU PASTI DATANG..
DAN SAYANG AKAN TERUS TABAH BERDIRI..
KERNA JAUH DI SANUBARI INI..
AKU TERLALU MENYINTAIMU..

SELAMAT ULANG TAHUN ABANG..DAN SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Monday, May 25, 2009

IMAN YG AKTIF






Lihatlah aksi2 Iman mengerjakan pasu bungaku..Habis ditariknya sampai terbalik..Skrg ni dia dah tak nak duduk dalam kolam..Skjp je letak..dia dah keluar..Byk kerja yg nak dibuatnya..

Melihat perkembangan Iman aku amat bersyukur..dia dah tau bermain dan ingin menikmati dunianya..Tapi yg tak larat, kena tukar baju byk kali..sbb baju dia comot..mop lantai..

Moga Iman akan terus membesar dan sihat..Amiinnn

Sunday, May 24, 2009

SERONOKNYA MAIN AIR!!!


Itulah agaknya yg ada dalam hati Iman..Mggu ni agak membosankan skit, abi sebok keje..So jom have fun dgn umi..

Bangun tidur je pg tadi..terus kak long bertanya..

" Umi nak mandi kolam boleh?"

Sbnarnya smlm dah mandi..hari ni nak mandi lagi..abg pun dah janji nak mandi dgn diaorg, sbb ptg ni abg nak g keje lagi.

Siap sarapan, semua msk kolam termasukla Iman, abi tukang pegang Iman, umi tukang ambik gambar..

Bukan main seronok lagi Iman, tgkla mukanya tu..Dalam hati bimbang jgk takut asma..tapi semua tu untuk kuatkan paru-paru dia..Siap meniarap lagi dalam tu..abg saje je lepas skjp2, bimbang tkt terbalik..



Kakak2 dia yg dua org tu lagila seronok..Dapat berendam lama-lama..

Pukul 12 lbh baru naik..sebab lapar..

Pepun itulah aktiviti mggu ni..mandi kolam...Iman siap mandi terus tido..penat agaknya.

Friday, May 22, 2009

UNTUK KITA

Hari ni ada seorang teman baik membawa sebuah buku..Hati ckp tertarik..Buku ini khas untuk kita..Ibu2 yg mempunyai anak istimewa..Byk panduan yg sgt berguna untuk kita..Aku pun tak baca lg..Weekend ni ingat nak g cari kat Kinokuniya..Dah call Galeri Ilmu td, dia kata kat MPH,Alamanda tak de...Kalau tak, dkt skt..Nak pnjm buku kwn tu pun..Dia pun pnjm dari pengasuh anaknya...

KEMBARA ATIQ WAZIF - SATU ANUGERAH




Berkejar Dengan Masa Demi Seorang Anak Istimewa

Buku ini merupakan catatan pengalaman seorang ayah dalam membesarkan seorang anak istimewa bernama Atiq Wazif. Penulisnya, Hasan Suyut, seorang jurutera dan ahli korporat, merakam ketabahan anak kecilnya menanggung kesakitan dan kesengsaraan, ketekunan dan keberanian mengharungi rawatan yang menyakitkan sejak usia si anak masih bayi hingga sekarang, 8 tahun.

Walaupun pakar perubatan telah mengatakan, “Jangan mengharap sangat dari anak ini, dia tidak akan membesar secara normal,” penulis sebagai ayah, tidak pernah patah semangat.

Berkejar dengan masa dalam ikhtiar memulihkan anaknya, penulis membawa keluarganya merentas benua – ke Beijing di Negeri China, ke Timur Tengah, dan seterusnya ke Amerika Syarikat. Hasan bersama isteri dan lima anak mereka kini bermastautin di Florida, AS, meninggalkan sanak-saudara dan kerjaya dalam syarikat yang sedang meningkat naik. Isterinya Dora yang merupakan seorang pendidik cemerlang, sanggup mengambil cuti demi anak yang dikasihi.

Penulis menyulam penulisannya dengan kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan dan cerita cinta suami isteri. Dari seorang bapa dan suami yang terlalu sibuk dengan kerjaya hingga kurang memberi perhatian kepada keluarga, kehadiran Wazif benar-benar memberi sinar baru dalam kehidupan penulis sekeluarga.

Kelahiran Wazif memang dirasakan sebagai satu anugerah daripada Allah. “Abang ingat tak masa Wa mengandungkan Wazif dulu, banyak benda-benda pelik berlaku. Mungkin Allah nak beri isyarat pada kita supaya kita bersedia untuk menerima anugerah ini,” kata si isteri pada satu ketika. Kata-kata ini cukup memberi bekas di hati penulis dan menjadi ‘turning point’ yang merubah kehidupan mereka sekeluarga.

Gaya penulisan buku ini, seperti kata Hj. Abu Hassan Morad (pemenang Anugerah Sastera Perdana 2002) yang tercatat di kulit belakang buku, “Cukup mengesankan…. menepati konsep Drama in Real Life!”

Penceritaannya sangat terperinci, mirip gaya novel. Latar masa, latar tempat, perlukisan watak dan setiap patah dialog, begitu segar. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi oleh penulis sekeluarga…

Konflik mempunyai anak istimewa, konflik rumah tangga dan babak-babak mencemaskan yang diceritakan semula dengan begitu baik, menjadikan buku ini penuh elemen dramatik. Tidak hairanlah seorang pengarah program pendidikan khas di Florida, AS memberitahu penulis, “You can make a movie out of this!”

Menariknya, di bahagian kedua buku ini disertakan Bacaan Bonus, di mana penulis berkongsi segala yang dilalui dan segala yang dipelajari melalui beberapa penulisan yang ditemuinya sepanjang menelusuri kembara anaknya Wazif. Juga berdasarkan pengalaman bertemu beberapa insan yang memberikan impak besar dalam kehidupan seharian mereka sekeluarga.

Ada beberapa penulisan di dalam bahagian ini yang penulis yakin akan memberi manfaat yang besar kepada ramai ibu bapa.

Siapa tahu, kisah Hasan dan anaknya ini akan difilemkan satu hari nanti… Dalam emelnya kepada editor buku ini, Hasan menyatakan keyakinannya, jika buku ini difilemkan dan watak dirinya dimainkan oleh Denzel Washington, filem itu mungkin akan menjadi box-office!

Testimoni

* Buku ini sesuai dan wajib untuk dibaca oleh semua ibu bapa, bukan hanya mereka yang ada anak istimewa sahaja. – Pn. Midah Tairak, Sg Petani

* Buku ini memberikan semangat baru dalam kehidupan kami. – Pn. Zaharah Samad, UIA Gombak
Diharap buku ini dapat menyemarakkan semangat ibu bapa yang dianugerahi anak-anak istimewa. – Sdr Agus Othman, Kuala Terengganu

• Saya dah habis baca dua kali. Memang sangat tersentuh dan ada juga terkena batang hidung sendiri… Bacaan wajib untuk sesiapa saja yang ingin tahu bagaimana yang dikatakan kehidupan sebenar. Saya jadikan bahan bacaan wajib untuk staf saya. – Fuad Omar, Johor Bahru

• Banyak nilai baik yang memberi pengajaran/teladan pada pembaca. Satu lagi saham akhirat yang bermanfaat. – Ahmad Yani A.Manaf, Editor Majalah I

• Memang menyentuh perasaan bila membaca helai demi helai. – Iskandar (Dr.Bubbles), Kuala Lumpur

* Cara penceritaannya membawa kita rasa dekat dan seolah-olah ada bersama dalam setiap detik yang diceritakan. Buku ini bukan sekadar catatan pengalaman, tapi juga ada motivasi, ada panduan, ada unsur sedih dan hiba… kelakar pun ada. – Mohd Rusdi Abdullah, kolumnis majalah ANIS Penulis: Hassan Suyut* ISBN: 978-983-097-190-2. *

Tebal: 277 ms *

Harga: RM26.50
(Termasuk RM2 - kos penghantaran Malaysia)

Thursday, May 21, 2009

Mata oh Mata...


Aku agak lewat ke sekolah hari ni..pkl 7 br keluar rmh..biasanya pkl 645 aku dah berada di jalanraya..Iman ada oppoimen mata hari ni, jd aku kena menyiapkan barangan iman terlebih dahulu..Hati risau gak..Maklumla ini first time abg bawak Iman jumpa dr..Lega rasa hati abg menawarkan diri..Dia ambik cuti half day..semua oppoiment bertemu client ditunda sblh ptg..Marketing biasalah...

Dlm hati nak sgt ikt abg bawak Iman jumpa dr..tp mengenangkan cuti rehat khas aku yg tggl 3 hari..kubatalkan niat itu..Tak pela abg sorang..Biarlah aku simpan cuti itu kot2 Iman msk wad ke..Inilah masalah cikgu..Cuti kami hanya 7 hari sethn..Alasannya cuti cikgu dah byk..cuti sek..Masalahnya oppoimen Iman, Mira dan Anis bkn kira cuti sek ke tak..Kalau Iman msk wad terpaksalah aku ambik cuti rehat khas, sbb dr tak bg mc untuk yg menunggu..Kalau lbh 7 hari msk wad..terpaksalah ambik cuti tanpa gaji..

Lupakan hal cuti tu..biasalah birokrasi ni memang payah..Sambung citer Iman..Pkl 9.30 aku tepon abg..br sampai katanya..Oppoimen kul 9..Pkl 10 aku tepon lagi..Abg citer Iman meraung2 masa optometris mskkan ubat utk besarkan anak mata, kali kedua pun mcm tu..kali ketiga Iman langsung tak nak beri kerjasama..dia pejamkan mata dia rapat-rapat sampai 2 org optometris terpaksa mengerjakan matanya..sorang tkg bukak..sorang tukang msk ubat..Lagila kuat dia meraung..Abg tak sampai hati nak tgk..Tapi dah itu prosedurnya..nak buat mcm mana...

Pkl 10.30 Iman dipanggil masuk bilik dr..Dr kata Iman ada squint ( juling )..tapi julingnya tak tetap..Aku dah agak..sebab kalau tgk Iman merenung sesuatu..nmpak matanya lari sedikit..tapi aku ingtkan mata kiri je..tp dr kata kedua-dua mata Iman juling..dan rabun..Power matanya 250 utk kiri dan kanan..Dan dr menyambung buat masa ni tak de rawatan, dr nak tgk lagi 6 bulan..Kalau keadaan msih kekal..barulah treatmen akan dijalankan..

Sesak skjp dadaku mendgr cerita abg..2 org ankku rabun dan juling..Dalam hati menanam tekad..nak buat terapi byk2 utk mata Iman..Ada seseorang memberitau..Nak elakkan mata anak2 jd lazy eye..selalu mainkan rattle atas kepala dia..biar dia ikut rattle tu..utk latih dia gunakan mata..

Kalau blogger2 lain ada kaedah utk terapi mata, blhla share ye...

Dlm hati..Ya Allah kuatkan semangatku hadapi dugaanmu ini Ya Allah...

Tuesday, May 19, 2009

SERIBU RASA




Salam semua..
Ada seribu rasa yg ingin dikongsi..ada seribu rasa yg ingin diluah..

Termenung seketika aku membaca entri jiey (Kerna Kasih Kita) ptg tadi..Tak sedar air mata mengalir perlahan..begitu jujur jiey meluahkan rasa..2 perenggan terakhir entrinya begitu menyentuh hatiku..Itulah rasa yg selama ini meruntun hatiku..Rasa yg payah dimengertikan..rasa yg kadang2 kucuba buang jauh dari difikirkan...Andai memikirkannya aku bimbang emosiku kembali down..Rasa kesal dan rasa bersalah kembali menyesak dada..

"terpilih tak semetinya tersisih"..


Benar..itu jua harapanku..agar Iman diterima masyarakat, agar iman diterima orang sekeliling..tapi kadangkala aku sengaja tdk memikirkan pandangan org yg melihat Iman..setiap kali kami ke pasaraya membeli barangan dapur..byk mata yg memandang, malahan ada yg membulatkan mata melihatkan aksi pelik Iman di dalam stroller..Iman suka melentikkan badannya di buggy stroller..begitu juga di dlm carseat..jd kami terpaksa meletakkan bantal di perutnya agar dia duduk diam..Kadang2 kuluahkan pada abg rasa tidak selesaku..Abg memujukku..jgn fikirkan pandangan org..Iman juga berhak dilayan bagai anak2 yg normal..Begitu optimis sekali abg..dia tak peduli byk mata yg melihatnya, tatkala dia membawa iman turut sama bermain di taman permainan kanak-kanak di tesco..turut sama menaiki kereta yg dinaiki oleh kakak2nya..

Bukan tidak sedikit org yg mendekati..bertanya..berapa bulan..nak jwb 5 bulan tak logik..badan Iman tinggi..cuma kurus..paling sng kujawab..dia special baby..barulah mereka diam..Dan tak kurang juga yg melahirkan simpati berlebihan..sian dia ye..dan perkataan itu diulang berkali-kali..

Hati kecil berkata..bukan simpati yg aku minta..Iman jua tak minta dilahirkan begini..Tapi ini semua tulisan takdir yg harus kami terima..Ini perjanjian kami dgn Allah yg dah lama tertulis di dada takdir..Apa pilihan yg kami ada...kecuali terus membesarkan Iman dgn penuh kasih sayang..dia jua manusia..punya rasa dan jiwa.

Benar jua kata jiey..Dunia ini ada piawaiannya sendiri..dan iman tak perlukan kelulusan sesiapa utk dia melaluinya..Cukuplah masih ada yg menyayanginya..masih ada yg menerimanya..dan tidak membezakan dia..Dia ada kakak2 yg suka bermain dgnnya..dia ada mak cik2 dan pak cik2 yg begitu caring..Apa lagi yg dia minta...

Cuma kadang2 aku terfikir..siapalah yg akan membantu dia apabila aku telah menutup mata kelak..memikirkan itu air mataku pasti bergenang..Tapi abg selalu berkata..jgn terlalu memikirkannya..Kita mampu melaluinya..Kita akan teru berusaha buat Iman..Sampai ke hujung nyawa...

Khamis ni..iman ada appoinment mata..Mintak2 la tak de berita yg menyedihkan..Sama-samala doa ye..

Buat semua..terima kasih kerana sudi berkongsi seribu rasa...